Khamis, 2010 Januari 21

BERTEMU SPRM




ADUAN KEPADA SPRM CAWANGAN RAUB



PADA 20hb JAN 2010 BARU NI SAYA BERSAMA KEPIMPINAN PAS KAWASAN LIPIS TELAH PERGI KE PEJABAT SPRM CAWANGAN RAUB BAGI MEMBUAT SATU LAPURAN BERKAITAN SATU ADUAN MASYARAKAT DI LIPIS . ADUAN TERSEBUT DI TERIMA OLEH PEGAWAI SPRM CAWANGAN RAUB



TIMBALAN PENGARAH SPRM CAWANGAN RAUB SEDANG MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA PIMPINAN PAS LIPIS BERKAITAN ADUAN YANG DI SERAHKAN KEPADA BELIAU.

DALAM PERBINCANGAN TERSEBUT PIHAK SPRM SANGAT BERHARAP LEBIH RAMAI LAGI PIHAK YANG AKAN TAMPIL MEMBUAT ADUAN DAN LAPURAN KEPADA PIHAK BELIAU BAGI SAMA SAMA MEMBENTERAS JENAYAH RASUAN.

SAYA MEWAKILI PAS LIPIS MEMBUKA RUANG KEPADA MASYARAKAT UNTUK MENJADI ORANG TENGAH BAGI MELAPURKAN APA SAHAJA ADUAN UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA PIHAK PIHAK BERWAJIB.

KEPADA PIHAK PIHAK YANG TELAH DAN AKAN MELAKUKAN JENAYAH RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA, HENTIKAN SEGARA KERJA TERKUTUK KAMU ITU.

KAMI PAS KAWASAN LIPIS AKAN BERSAMA MASYARAKAT BAGI MEMERANGI MUSUH NEGARA INI.

Selasa, 2010 Januari 19

KPP anjur pertandingan memasak sempena Pesta Ponggal
E-mail
Hashim Abdullah

KUALA LIPIS, 20 Jan: Kegiatan kebudayaan yang tidak bercanggah dengan hukum agama adalah digalakkan dan boleh dijadikan asas ke arah memupuk keharmonian kaum di Negara ini kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi.

Berucap pada merasmikan pertandingan memasak susu dan beras sempena Pesta Ponggal anjuran Kelab Penyokong PAS Kaum India Pahang, di Ladang Benta, dekat sini, baru-baru ini, Roslan berkata pendekatan ke arah memahami budaya pelbagai kaum dengan melibatkan aktiviti bersama adalah sesuatu yang harus diberikan pujian kerana ianya berperanan memupuk semangat muhibah di kalangan rakyat.

(Gambar: Roslan memerhatikan pertandingan sambil diperhatikan Balasubramaniam)

”Saya mengucapkan tahniah kepada Kelab Penyokong PAS kaum India Pahang yang telah berjaya meneroka satu lagi pendekatan yang boleh memecahkan tembok perkauman dan stigma perpecahan (divide and rule) yang disemai BN selama 52 tahun negara merdeka.

“Program ini perlu menjadi platform merapatkan hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya lebih memahami kekayaan budaya pelbagai kaum ke arah perpaduan dan pembangunan yang lebih bermakna,” katanya.

Pada program yang dihadiri lebih 300 masyarakat keturunan India itu turut meriah dengan acara lain termasuklah pertandingan memasak susu lembu, pakaian beraga, pertandingan tarik tali dan lain-lain.

Turut disediakan kaunter aduan rakyat dan pemberian bantuan kebajikan kepada keluarga yang memerlukan.

Sabtu, 2010 Januari 16

KHASIAT BUAH PISANG



Salam teman-teman,

Bacalah info kesihatan ini, baik sekali. Ada orang hantar ke email saya.tk

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!�

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan

Selasa, 2009 Disember 08



saya memohon maaf kepada semua di sebabkan kejohanan ini di tunda.

ini disebabkan pembatalan penggunaan padang pada saat akhir oleh pihak MDL.

PEMBATALAN INI DI ATAS ALASAN PIHAK PAS TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN SEBARANG PREMIS DI BAWAH JAGAAN MDL.

KAMI PIHAK PENGURUSAN AKUR DENGAN KEPUTUSAN PIHAK MDL KERANA KAMI TAHU MERAKA MENDAPAT TEKANAN DARI PIHAK ATASAN.(______)

ITULAH TAHAP PEMIKIRAN UMNO.
KATA NAK BERSATU DENGAN PAS. KALAU MACAM NI BETUL LAH TELAHAN TG GURU NIK AZIZ.

Isnin, 2009 November 16

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU.

HARI INI 17hb Nov 2009 GENAB 6 TAHUN UMUR ANAK SULUNG KU. MARIAH QIBTIYYAH.
SEMOGA DENGAN BERTAMBAH UMURMU BERTAMBAHLAH KEMATANGAN BAGI MENGHADAPI KARENAH DUNIA HARI INI.
TERIMA KASIH UMI YG TELAH BANYAK BERSUSAH PAYAH MENJAGA DAN MENDIDIK ANAK ANAK KITA.


Ahad, 2009 November 15

FUTSAL TERTUTUP LIPIS



TERBUKA KEPADA SEMUA PASUKAN DALAM DAERAH LIPIS
PERATURAN PERTANDINGAN

1. 1.Setiap pemian DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT ( seluar 3 suku dibenarkan )

2. 2.Pertandingan ini akan mengikuti undang-undang dan peraturan-peraturan dari FAM

3. 3.Setiap borang pertandingan perlu di isi lengkap dengan maklumat serta yuran penyertaan RM100.

4. 4.Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja

5. 5.Pemain TIDAK DIBENARKAN memakai peralatan yang membahayakan pemain lain termasuk jam tangan atau alat perhiasan

6. 6.Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang rayuan tidak akan dilayan.

7. 7.Pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir berhak beraksi di pusingan grand final.

8. 8.Pihak penganjur berhak menukar, mempelbagai, menambah atau mengeluarkan mana-mana sarat dan peraturan pertandingan sepanjang tempoh pertandingan tanpa notis dan peserta bersetuju untuk mematuhi dan mengikut sebarang penukaran, kepelbagaian, penambahan.

9. 9.Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta dianggap bersetuju untuk mematuhi dan mengikut undang-undang, syarat-syarat dan peraturan penganjur.


untuk keterangan lanjut hubungi:

Sdr. MUTTACOHIRI 0199694050 Sdr. FAUZAN 0199729395

Sdr. IZUAN 0192602219 Sdr. ZULHILMI 0132836334

Ahad, 2009 November 08

ALHAMDULILLAH . PASTI DI LIPIS AKAN DI BUKA PENDAFTARAN UNTUK KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT. PADA TAHUN DEPAN PASTI DI LIPIS AKAN BERTAMBAH 2 CAWANGAN LAGI.
TIAP SATU DI BERCHANG DAN DI TEMPOYANG.KEPADA IBU BAPA YANG BERMINAT UNTUK
MENGHANTAR ANAK ANAK MERAKA .

SILA RUJUK BINER SEPERTI DI BAWAH:-


 

blogger templates | Make Money Online