Sabtu, 18 April 2009
TKP DPP LIPIS BERISTIREHAT
Kami di fahamkan beliau di syaki mengalami masaalah jantung( belum pasti) beliau sekarang ini berada di wad biasa Hospital Daerah Lipis. Mungkin disebabkan banyak tugas untuk membangunkan pemuda lipis bahkan Pas lipis . kami semua mendoakan agar beliau cepat sembuh. Elok la tu..... rehat laaaaa. banyak lagi lepas ni tugas untuk menegakkan islam di lepeh. TAKBIR!!!!!. TAHNIAH ANDA MENANG UNTUK KERUSI AJK PAS LIPIS.
Khamis, 16 April 2009
dari http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/
NAJIB BOHONG ATAS DARAT
Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).Sabtu, 11 April 2009
Larangan Non-Muslim Membaca Al-Quran ; Adakah Menguntungkan Dakwah?
Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.
Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?
Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…
Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?
Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!
Khamis, 9 April 2009
Surat Tok Guru Nik Abd Aziz kepada YB Nga Kor Ming.
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
Khamis, 19 Februari 2009
Tercetusnya Kacau Bilau Bila Tiada Amanah & Berleluasanya Khianat
Firman Allah s.w.t, Raja bagi segala Raja, Penguasa bagi segala Sang Penguasa ;
…dan janganlah kamu lantaran orang-orang yang khianat, menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), [347], (Surah An-Nisaa’ ayat 105)
[347]. Ayat ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu'mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu'mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahwa yang mencuri barang itu orang Yahudi. Hal ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu'mah kepada Nabi s.a.w. dan mereka meminta agar Nabi membela Thu'mah dan menghukum orang-orang Yahudi, kendatipun mereka tahu bahwa yang mencuri barang itu ialah Thu'mah, Nabi s.a.w. sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu'mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi.
Saya merasakan ayat ini sangat penting untuk kita tadabbur dan bermuhasabah dalam situasi yang berlaku dalam Negara kita dewasa ini. Apabila berlakunya sesuatu peristiwa atau isu, penyampai maklumat adalah golongan yang sangat memainkan penting. Penyampai maklumat dalam konteks ini yang saya maksudkan ialah media massa dan blogger.
Dalam situasi krisis di Perak sebagai contoh, golongan penyampai berita ini mestilah bersikap amanah dan tidak khianat. KEBENARAN dalam melaporkan berita dan menyebarkan maklumat adalah lebih utama dari semata-mata KEUNTUNGAN. Intergriti sangat penting. Namun, amat malang sekiranya UNTUNG lebih penting dari BENAR, FITNAH lebih enak dari FAKTA, DUIT lebih utama dari MARUAH, KUASA lebih penting dari segala-galanya….
Benarkah, ada golongan yang ingin menderhakai Raja? Ataukah laporan berita kita yang berlebih-lebihan sehingga membangkitkan sentimen dan perasaan marah orang ramai semata-mata bagi membenarkan tindakan majikan kita? Bukankah kesannya sangat memudharatkan?
Lupakah kita bahawa setiap berita yang kita catatkan juga di’catat’ oleh Rakibun Atid (SB dari kalangan malaikat)? Setiap laporan kita juga akan dilaporkan oleh Kiraman Katibin (malaikat-malaikat yang mulia lagi mencatat)? Lupa kepada hakikat inilah yang menjadikan kita tegar untuk berlaku khianat. Dan di sebabkan sifat khianat dalam melaporkan berita inilah, manusia kekal berbalah dan masyarakat hidup penuh kacau bilau…. Ya Allah, selamatkanlah kaumku dari kesan kejahatan hati-hati yang KHIANAT…
Selasa, 27 Januari 2009
SELAMAT TAHUN BARU CINA DARIPADA PAS LIPIS
SELAMAT TAHUN BARU CINA DARIPADA PAS LIPIS
Selamat tahun baru cina daripada pakatan rakyat lipis untuk kaum cina di seluruh Negara amnya dan khususnya kepada kaum cina di lipis.
Buat pertama kalinya seingat saya , kain rentang daripada kami parti pembangkang khususnya PAS di lipis ini dapat di naikkan secara rasmi di tengah Bandar lipis yang di tadbir MAJLIS DAERAH LIPIS(MDL). Kain rentang TAHUN BARU CINA pada tahun ini di naikkan di tiga tempat iaitu di Pekan Padang Tangku , Pekan Benta dan Bulatan Ikan Lipis.
Selama ini kebanyakkan kain rentang kami di naikkan di tempat tempat tertentu sahaja dan tidak mendapat kebenaran MDL.Ada ketika hanya sempat beberapa jam sahaja kain rentang kami bertahan. Perbuatan ini saya tak pasti samada tindakan MDL ataupun tangan tangan yang tak suka kepada kerja kerja kami.
Persoalannya kenapa baru sekarang kain rentang ini boleh di naikkan di kawasan MDL.
Pertama, adakah MDL sudah berubah? Sebab semua tahu pentadbir MDL adalah daripada musuh PAS. Tentunya perkara perkara yang boleh menaikkan syiar Parti lawan di tegah . Saya dan sahabat sahabat sepejuangan kerap di pinggirkan daripada mendapat tempat di primis primis MDL.Bermacam macam ragam bagi mencapai tujuan menolak kami daripada mendapat tempat di primis MDL. Adapun Cuma primis yang bertaraf sementara.
Kedua ,Adakah pihak atasan tidak sedar perkara ini terjadi sebab untuk meluluskan permohonan meletakkan kain rentang ini Cuma kuasa Setiausaha Majlis jadi tiadalah campurtangan kuasa rakus politik umno dan Barisan Nasional.Saya tidak tahu apa tindakan yang di ambil oleh mereka setelah melihat kain rentang Pakatan Rakyat terpangpang di tengah tengah Bandar Lipis. Semoga tidak ada apa apa tindakkan yang akan di ambil selepas ini dan kita akan terus hidup dalam suasana adil dan saksama dalam pentadbiran Bandar kita.
Ketiga, sifat orang kita(PAS) yang tidak berusaha berulang kali. Maksudnya apabila kita dihalang sekali kita tidak terus mencuba lagi untuk mendapat tempat dalam apa perkara sekalipun.contohnya dalam hal kain rentang ini. Saya tak pasti samada Pas pernah memohon untuk mendapat tempat untuk mengisi kain rentang ini di khalayak ramai di Bandar lipis dalam proses yang betul. Selalunya kita sentiasa di halang dalam mendapat apa apa keistimewaan yang ada di MDL. Sebagai contoh perarakkan hari kebangsaan . Pada mulanya PAS di jemput tapi pada hari hari terakhir kita di Batal penyertaan. Mungkin daripada dua atau tiga pengalaman yang lalu membuatkan PAS LIPIS dalam semua peringkat tidak mahu berhubung dengan MDL . Bagi saya suasana ini sangat rugi kerana kita dalam PAS di tuntut untuk berusaha dalam bentuk yang ISTIQAMAH dalam apa jua bidang sekali pun. KALAU TIDAK ADA HALANGAN MENUNJUKKAN KITA TAK BUAT KERJA. JADI HALANGAN HALANGAN YANG ADA ADALAH SUNAH DALAM PERJUANGAN. MAKNANYA BILA ADA HALANGAN BARULAH DI KATAKAN SUDAH MELAKUKAN KERJA.
KEMPAT. Sifat orang kita yang suka menghukum sebelum terjadi satu sata perkara, sifat ini bagi saya masih menebal dikalangan orang orang PAS semada terhadap orang PAS sendiri malah lagi tebal terhadap orang UMNO. Kebanyakkan yang saya Nampak “MDL NI ORANG UMNO PUNYA”. Dari pengalaman ketika saya pergi memohon untuk mendapat kebenaran meletakkan kain rentang ini, layanan dari pegawai pegawai MDL sangat baik. Bagi saya pada meraka tidak ada langsung tanda tanda untuk mensisihkan orang PAS . Cuma kita hanya perasan yang kita akan tersisih.
Akhirnya . sama samalah kita membetulkan keadaaan yang ada supaya kita lebih bersifat kekeluargaan. Samada dikalangan orang UMNO YANG MEMPUNYAI KUASA DAN BAGI ORANG PAS YANG LEBIH ISLAMIK DALAM ERTI KATA ISLAM YANG KITA PERJUANGKAN
Isnin, 29 Disember 2008
Artikel di salin dari laman http://profabdullah1.wordpress.com tentang pengalaman Bangsa Jerman yang dijajah bahasanya. Cuba baca dan bandingkan dengan pengalaman kita dalam PPSMI. Sekiranya ingin memahami lebih mendalam lawatlah laman di atas.
Bangsa Jerman juga pernah diperbodohkan oleh bahasa Latin dan Perancis
Pada abad ke-17 Zaman Pertengahan di Eropah berakhir. Negara-negara Perancis, Itali dan Inggeris mula menjadi maju apabila industrinya berkembang, tetapi Jerman masih kekal mundur.
Pemimpin-pemimpin Jerman hairan kenapa ini berlaku. Pada hal ilmuwan Jerman ramai dan orang-orang Jerman rajin bekerja. Di samping itu, negara Jerman mempunyai banyak sumber.
Malah, Jerman menggunakan bahasa Perancis dan Latin sebagai bahasa pengantar sekolah dan universiti. Bahasa Perancis pula menjadi bahasa perdagangan dan komunikasi antarabangsa ketika itu. Oleh sebab itu apakah yang tidak kena pada negara dan bangsa Jerman?
Kesedaran Prof. Gottfriend Wilhelm Leibniz
Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716), adalah seorang sarjana matematik dan falsafah Jerman. Beliau sendiri terdidik dalam bahasa Latin dan Perancis. Beliau menyedari bahawa situasi ini timbul akibat menggunakan bahasa Latin bagi menyampaikan ilmu di sekolah dan universiti. Ilmu yang terkepung dalam bahasa Latin. Oleh sebab itu ia tidak sampai kepada rakyat yang hanya memahami bahasa Jerman. Bahasa Perancis pula digunakan dalam komunikasi perdagangan antarabangsa. Bahkan bahasa Perancis itu juga menjadi bahasa komunikasi golongan masyarakat atasan.
Bahasa Jerman dianggap rendah dan tidak mampu mengungkapkan ilmu dan tidak layak digunakan sebagai bahasa perdagangan. Ini menyebabkan wujud situasi bahawa golongan atasan dan intelektual berbahasa Perancis dan Latin, manakala rakyatnya berbahasa Jerman.
Bahasa Perancis dan Latin itu menjadi tembok pemisah antara dua golongan rakyat Jerman. Golongan atasan dan intelektual menggunakan bahasa Latin dan Perancis, dan rakyat menggunakan bahasa Jerman. Oleh sebab itu golongan atasan dan intelektual yang menguasai bahasa Latin dan Perancis dapat menerima pendidikan, manakala rakyat Jerman yang hanya memahami bahasa Jerman tidak menerima sebarang pendidikan. Rakyat biasa Jerman berada dalam kebodohan.
Tentangan Golongan Atasan Jerman
Apabila Leibniz memulakan kempen menggunakan bahasa Jerman dalam sistem untuk pendidikan, golongan atasan dan intelektual Jerman menentang. Pada mereka bahasa Perancis adalah segala-galanya. Bahasa Perancis itu bahasa dunia, bahasa intelektual, bahasa diplomat, bahasa perniagaan, bahasa kesusasteraan dan kebudayaan, sedangkan bahasa Jerman adalah bahasa yang rendah, tidak dikenal oleh orang luar, tidak intelektual dan tidak dapat digunakan untuk bersaing dengan dunia luar.
Para intelektual Jerman mengatakan bahawa perpustakaan hanya berisi buku-buku dan jurnal-jurnal dalam bahasa Latin dan Perancis. Bahasa Jerman tidak mempunyai istilah-istilah yang cukup, dan tatabahasanya pun tidak ada.
Mereka juga percaya bahawa Jerman akan hanya dapat maju dan bersaing dengan negara-bangsa-bangsa lain melalui bahasa Perancis. Orang Jerman harus dapat membentangkan kertas kerja dalam bahasa Perancis dalam seminar-seminar antarabangsa. Pelajar-pelajar Jerman tidak akan diterima melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Paris dan negara maju jikalau mereka hanya dapat menggunakan bahasa Jerman.
Hairankah kita golongan elit Melayu mati-matian mempertahankan bahasa Inggeris!
Strategi Leibniz
Leibniz berusaha keras dan menggunakan strategi sendiri bagi meyakinkan golongan atasan dan intelektual supaya menerima bahasa Jerman sebagai bahasa pendidikan. Leibniz mengkaji kedudukan dan peranan bahasa-bahasa nasional di beberapa negara, termasuk Cina, dan membandingkannya dengan kedudukan dan peranan bahasa Jerman. Dia melihat Perancis dan Itali menjadi negara maju kerana kedua-dua negara itu meninggalkan bahasa Latin dan Yunani dan menggunakan bahasa peribumi sendiri.
Bangsa Inggeris juga telah mula maju dengan menggunakan bahasa Inggeris di sekolah dan universiti menggantikan bahasa Perancis. Bahkan, beliau mendapati kemajuan ekonomi dan ilmu pengetahuan negara Cina pada masa itu berkembang pesat dengan menggunakan bahasa dan tulisan sendiri.
Beliau berusaha lagi meyakinkan golongan atasan dan intelek supaya menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran negara. Rasionalnya adalah bahasa Jerman akan dapat difahami oleh semua rakyat. Oleh sebab itu lebih ramai rakyat Jerman menjadi terdidik. Seterusnya apabila lebih ramai rakyat Jerman mendapat pendidikan, maka negara Jerman akan bertambah maju, dan lebih makmurlah kehidupan mereka semua.
Leibniz mengusulkan kepada kerajaan Jerman supaya:
1. Membakukan bahasa Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilahnya,
2. Menyebarkan bahasa Jerman kepada seluruh rakyat Jerman,
3. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti,
4. Menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pentadbiran negara,
5. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa perniagaan, dan
6. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa komunikasi umum dalam semua bidang dan peringkat.
Perjuangannya disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya pada falsafah beliau.
Bermula dari tarikh itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam pendidikan dan pentadbiran. Itulah saat permulaan kebangkitan Jerman sebagai salah satu negara maju di dunia. Sedihnya, Leibniz meninggal pada tahun 1716 dan tidak sempat menyaksikan kejayaan perjuangannya.
Kita dapat belajar daripada peristiwa ini, bahawa perjuangan seorang tokoh pun boleh membawa perubahan kepada negara.
Bagaimana pula kalau seorang pemimpin membunuh bahasa sendiri? Ia akan tetap dikenang sebagai pengkhianat bangsa. Apa jadi kepada tulisan jawi. Siapa yang membuat dasar membunuhnya dalam tahun 60′an dahulu? Apakah kita akan ikut serta memasyarakatkan kehancuran bahasa kita ini?


