Rabu, 10 Disember 2008

Siri 51 tahun merdeka: Penduduk Kuala Kechau, Lipis tagih jambatan baru

TIADA apa yang mampu diungkapkan lagi bahawa Kuala Kechau adalah sebuah kampung paling mundur di kawasan parlimen Lipis, Pahang yang kini berada dibawah Ahli Dewan Rakyatnya, Datuk Dr. Shahrum Osman, Ketua UMNO Bahagian, Abdul Rahman Mohamad dan ADUN Cheka, Datuk Fong Koong Fuee.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kampung paling hampir dengan pusat bandar ini adalah kampung tertua di bekas ibu negeri Pahang itu. Meskipun begitu, masih banyak kemudahan prasarana jelas tidak dimiliki oleh warganya terutama aliran pengangkutan keluar masuk ke kampung tersebut.

nakmarahmarahlah yang berkesempatan melakukan tinjauan ke kampung tersebut mendapati para penduduk masih menggunakan jambatan gantung yang sesuai dilalui penjalan kaki dan penunggang motosikal sahaja untuk berurusan mengangkut hasil-hasil pertanian dan menghantar anak-anak ke sekolah. Paling memeritkan, andai berlaku musim hujan berpanjangan, maka penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang jarak melebihi 5 kilometer kerana bimbang jambatan tersebut akan runtuh ditambah lagi struktur binaannya sudah semakin uzur.

Seorang penduduk yang sempat ditemui mendakwa, ada beberapa kali penduduk dan pengunjung dari luar pernah beberapa kali nyaris terjatuh kerana gagal mengimbangi badan semasa melalui jambatan itu.

"Pernah seorang penunggang motosikal hampir sahaja menjunam bersama motorsikalnya ke dalam sungai. Nasib baiklah dia berjaya memaut besi yang mengikat jambatan itu. Entah apa akan jadi jika dia terjunam ke dalam sungai. Ini belum lagi anak-anak yang berulang alik ke sekolah.
Walaupun permohonan menggantikan jambatan gantung kepada jambatan konkrit yang memiliki ciri keselamatan lebih terjamin katanya, telah diiajukan kepada pihak bertanggungjawab seperti Pejabat Daerah dan wakil rakyat sehinggalah ke pengetahuan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Taib, namun sampai ke hari ini tiada jawapan menggembirakan penduduk diterima.

"Asyik-asyik, pihak terlibat menjawab permohonan tersebut 'sedang dalam perhatian'. Kami tidak mahu bila sesuatu malapetaka berlaku seperti tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut nyawa, barulah terhegeh-hegeh kerajaan mahu membantu pada hal ia boleh dicegah lebih awal.
Apa yang nakmarahmarahlah perhatikan penduduk disitu menaruh harapan sebuah jambatan konkrit baru mampu dibina yang boleh dilalui semua kenderaan dan terjamin ciri keselamatannya.

Untuk pengetahuan umum, kampung ini setakat ini hanya memiliki sebuah balai raya sahaja. Itu pun hanya menanti masa untuk runtuh memandangkan ia sudah diselimuti semak samun dan tiada penjagaan rapi. Itu belum lagi disentuh kemudahan jalan raya yang sudah lama tidak diperbaiki terutama penduduk yang berada di kawasan penghujung kampung. Pada hal kawasan itulah terletaknya lokasi penduduk kampung mengerjakan hasil-hasil pertanian seperti tanaman getah, kelapa sawit, pisang dan sebagainya.












{nakmarahmarahlah fikir tiada gunanya wakil rakyat yang terpilih terutama Shahrum dan Koong Fuee sekadar pandai bercakap dan mewar-warkan janji manis menerusi kempen pilihanraya lalu untuk menambahbaikan kemudahan infrastruktur tetapi gagal diterjemahkan dikawasan yang diwakili. Ambillah pengajaran apa yang telah berlaku di beberapa buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan jika tidak berdaya memikul tanggungjawab, letak sahaja jawatan MP dan Exco Kerajaan Negeri yang disandang sekarang.}

DARI:http://nakmarahmarahlah.blogspot.com

3 ulasan:

  1. mmg BN hanya pandai manebur janji manis di ambang pilihanraya tapi apa hasilnya? ikuti juga nasib kg kelubi mentakab yg perlukan pembelaan

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=thread&order=0&thold=0

    http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/edisi-pahang-51-tahun-merdeka-kgkelubi.html

    BalasPadam
  2. KITA SEMUA DAH TAU TAPI MASIH ADA YANG BUAT BUAT TAK TAHU. JADI MOH KITA SIARKAN BANYAK BANYAK ARTIKEL BAGI ORANG KG TAU YANG YB MEREKA TAK BUAT APA APA.

    BalasPadam
  3. huh berak sikit ahhh uhhh burrrpp puekk kithhh

    aduh..............

    lega rasanya !

    BalasPadam

 

blogger templates | Make Money Online