Jumaat, 1 Mei 2009

IKTIBAR DARI 2 KEMALANGAN

Gambar hiasan

DALAM  MINGGU INI SAHAJA ,2 NYAWA ANAK MUDA KAMPUNG KU YANG BERUMUR 17 DAN 18 TAHUN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. KEDUA2NYA BERLAKU DALAM  KEMALANGAN  YANG BERASINGAN DALAM TEMPOH YANG HAMPIR.

KEMALANGAN  PERTAMA -PADA MALAM 29hb APRIL  JAM 11.00 MALAM YANG MELIBATKAN ANAK MUDA YANG BERUMUR 17 TAHUN I TERJADI BETUL2 DI HADAPAN  RUMAHKU. SEDANG  KUBERISTIREHAT SAMBIL MELAYARI INTERNET TIBA TIBA  TERDENGAR BUNYI DENTUMAN YANG AGAK LUAR BIASA DI LUAR RUMAH. AKU  DAN ISTERI TERUS KELUAR UNTUK MEMASTIKAN APA YANG TERJADI …. DI DALAM KESAMARAN GELAP GELITA YANG DISINARI LAMPU JALANAN KU NAMPAK KELIPAN LAMPU MOTOR DI TEMPAT KEJADIAN. DALAM HATI TERDETIK “ SAH  ACCIDENT”. AKU TERUS KE TEMPAT KEJADIAN DAN TERKEJUT KERANA DUA BUAH MOTOR BERTEMBUNG DAN KEDUA TUBUH MANGSA BERGELIMPANGAN  DIATAS JALANRAYA.AKU TERUS MEMASANG LAMPU KERETA UNTUK MENYULUH MANGSA KEJADIAN.. AKU TERUS MENINJAU KEDUA2  MANGSA .MANGSA PERTAMA MASIH LAGI LEMAH BERSUARA DAN MANGSA KEDUA AGAK PARAH KERANA DARAH MEMBUAK KELUAR DARI RONGGA MULUT DAN HIDUNG.

RUPA -RUPANYA MANGSA KEDUA TADI MERUPAKAN BUDAK KAMPUNG KU. LEBIH MALANG LAGI MANGSA TADI DI SAHKAN MENINGGAL DI TEMPAT KEJADIAN OLEH PEMBANTU KESIHATAN YANG DATANG BERSAMA AMBULAN. ALHAMDULILLAH AKU SEMPAT MENGAJAR UCAPAN SYAHADAH SEBELUM MANGSA MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAHIR.

KEMALANGAN KEDUA IALAH BUDAK MUDA YANG BERUMUR  18 TAHUN . BERITA KEMATIAN INI KUTERIMA PADA HARI KEJADIAN ,WALAUPUN KETIKA ITU AKU SEDANG BERCUTI DI KAMPUNG ISTERIKU DI TERENGGANU. LEBIH  MENYEDIHKAN LAGI KEMATIAN INI DISEBABKAN TERKENA BOM IKAN.

SAMA2LAH KITA RENUNGI DISEBALIK KEJADIAN YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA WALAUPUN KITA TIDAK NAMPAK PADA ZAHIRNYA NAMUN PADA BATINNYA TERDAPAT 1001 HIKMAH…..INGATLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA. … SAMA SAMALAH KITA FIKIRKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA, DI MANA SILAP DAN DOSA KITA BERSAMA. … TENTU ADA PENGAJARAN  DI SEBALIK KEJADIAN YANG MENIMPA AHLI  KAMPUNG KITA. MARILAH KITA SAMA2 FIKIRKAN……..

 

AL-FATIHAH…….AL-FATIHAH….. AL-FATIHAH…….AL-FATIHAH….. AL-FATIHAH…….AL-FATIHAH

Tiada ulasan:

Catat Komen

 

blogger templates | Make Money Online