Selasa, 23 Ogos 2011

Gambaran Makkah Di Masa Hadapan..!!

TUESDAY, AUGUST 16, 2011

Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.


Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi. Benar, projek-projek ini akan memberi keselesaan kepada para jemah Haji yang saban tahun semakin meningkat bilangannya. Akan tetapi, dari satu sudut lain, ia memanifestasikan sebuah Hadis Nabi berkenaan Umat Akhir Zaman menunaikan Fardhu Haji. Dahulunya, sesiapa yang menunaikan rukun Islam ke-5 ini akan 'impress' dengan binaan Baitulallah akan tetapi kini, Abraj al-Bait telah mengambil hati para jemaah Haji masa Hadapan. Itulah cita-cita Dajjal melalui tenteranya, Golongan Islam Wahhabi.

(Sebuah peringatan kepada semua sebelum pergi menunaikan haji).

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)


Jabal Khandama, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.



Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Peta Makkah Metro Line.

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).

Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram.

Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.

Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.

Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.

Jabal Khandama, Makkah

Kingdom Tower, Jeddah.

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.

Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.

Gambaran keseluruhan Jabal Khandama, Makkah.

Pemandangan Jabal Omar, Makkah.

Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.

Projek Makkah Expansion & Shades.

Makkah Expansion & Shades


Rabu, 27 Oktober 2010

KONSEP PENGGABUNGAN DIRI ( INTIMA’ ) DALAM GERAKAN ISLAM : SATU PERKONGSIAN ILMU UNTUK PARA PEKERJA PAS


oleh : Mohd Hidayatus Saufi Khalid | Tob El-Ramly, Hayyu 10, Kaherah, Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجــمعين

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana diberikan nikmat Iman dan Islam serta kesihatan tubuh badan yang sempurna untuk terus hidup dan berbakti.

Al-Intima’ membawa erti penggabungan diri kepada sesuatu. Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam bukan hanya sekadar mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli semata dan bukan juga hanya berulang alik ke markaz atau pusat-pusat gerakan sahaja. Malah penggabungan kita mestilah membawa pengertian yang lebih jauh dan melewati batas formaliti dan penilaian-penilaian lahiriah semata. Ia mesti selaras dengan kehendak syarak yang boleh membuktikan kemantapan akidah dan kekuatan hubungan pemikiran dan organisasi jamaah kita.

Penggabungan diri (intima’) bersama gerakan Islam membawa maksud
seseorang itu mestilah menyerahkan dan mengorbankan seluruh tenaga dan kemampuannya sebagai khidmat kepada jamaah, menyerahkan segala kepentingan dirinya untuk kepentingan Islam dan bukan sebaliknya.

Kini, perlbagai ujian telah didatangkan oleh Allah kepada kita para pekerja PAS dan penyokongnya. Ia tidak lain antaranya bertujuan untuk menilai sejauh mana kita memahami konsep intima’ (penggabungan) diri kita bersama-sama perjuangan PAS di Malaysia. Gerakan Islam menolak penggabungan diri semata-mata kerana seseorang individu ( intima’ syakhsi ) yang membawa erti, kita bersama-sama dalam perjuangan PAS kerana seseorang. Jika seseorang itu telah tiada, maka, adakah kita akan meninggalkan perjuangan ini?
Saidina Abu Bakar pernah berkata dalam menenangkan para sahabat yang masih tidak dapat menerima akan memangkatan baginda Rasulullah saw : sesiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah pun mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu terus hidup dan tidak sesekali akan mati.
Antara ujian yang hebat kini yang melanda PAS yang ingin melihat sejauh mana kefahaman intima’ ahli dan penyokongnya ialah mengenai Unity Government (kerjaan perpaduan : UG). Sehingga ada kalangan ahli berani mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan biadap terhadap YAB Dato’ Seri Presiden.
Ada juga yang berkata;
“Saya dengan ini mengharamkan setiap sen dan tenaga saya yang saya gunakan untuk berjuang dalam PAS jika PAS mahu juga bergabung dengan BN dalam UG...”

“Saya sokong Tuan Guru Nik Aziz..!
Harap Tuan Guru Haji Hadi dan Ust Nasha kembalilah ke perjuangan asal kita..."
Inilah contoh kurang faham mengenai konsep penggabungan diri dan ternyata inilah penggabungan yang dikategorikan sebagai penggabungan kerana individu. (intima’ syakhsi).

Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu milik Allah swt yang diberikan kepada saya bersama-sama para pekerja PAS untuk sama-sama kita memahaminya.

Konsep penggabungan pertama : Pengabungan (intima’) akidah.

Perkara pertama yang perlu kita sebagai pekerja gerakan Islam fahami ialah sejauh mana kita melarutkan akidah gerakan Islam itu ke dalam diri kita, kerana gerakan Islam menolak penggabungan secara zahirnya semata. Ini telah terbukti bahawa setiap gerakan yang tidak berlandaskan Islam dan para penyokongnya bergabung semata-mata kerana kepentingan diri dan orang tertentu akan menjadi satu faktor kehancuran kepada pertubuhan tersebut.

Oleh itu, penggabungan secara akidah ini
membawa maksud penggabungan diri dan menganuti Islam itu sendiri. Ia seterusnya menuntut supaya seluruhparintah Allah ditaati disamping mengharapkan keredhaan Allah. Intima’ini juga menolak konsep penggabungan kerana seseorang dan dapat mengelak daripada kehancuran dan perpecahan jamaah kerana kehilangan atau kematian seseorang di dalam jamaah.

Pengabungan diri bersama-sama gerakan Islam melalui akidah juga akan menjadikan seseorang itu terikat dengan Allah, demikian juga seluruh anggota gerakan Islam turut terikat dengan Allah. Inilah rahsia disebalik keberadaan gerakan Islam itu sendiri.

Firman Allah swt dalam surah Al-fath ayat 10;

Maksudnya : Bahawasanya orang-orang yang memberikan baiah (perjanjian) kepadamu, sesungguhnya mereka memberikan baiah kepada Allah, tangan (kekuasaan) Allah di atas tangan (kekuasaan) mereka, maka sesiapa yang melanggar baiahnya nescaya akan menimpa dirinya sendiri dan sesiapa menepati baiahnya kepada Allah makan Allah akan memberinya pahala yang besar.

Gerakan Islam juga menolak intima’ yang dibuat secara melulu yang didorong oleh semangat semata. Oleh itu kesedaran yang bersifat haraki dan iltizam yang bersifat ilmi adalah menjadi syarat bagi penggabungan diri ke dalam gerakan Islam. Dan telah terbukti bahawa meraka yang digolongkan sebagai golongan yang tercicir dalam perjuangan Islam adalah mereka yang menggabungkan diri secara melulu dan bertindak atas dorongan semangat semata.

Konsep penggabungan kedua : Pengabungan (intima’) masa hadapan.

Secara ringkasnya, boleh disimpulkan, penggabungan masa hadapan ini ialah
kita mestilah mengikat masa depan kita dengan masa depan jamaah walau apa pun yang berlaku.

Ia juga membawa erti bahawa intima’ masa hadapan ini tidak terikat dengan satu jangka waktu yang tertentu. Tidak terbatas dalam usia muda dan akan tinggalkan jamaah bila berusia tua. Tidak juga terbatas ketika bujang dan akan meninggalkan jamaah setelah berumahtangga. Tidak terbatas dengan kemiskinan dan kesusahan dan menghilangkan diri setelah kaya dan senang.

Perjuangan ini hanya dibatasi dengan nyawa. Selagi masih bernyawa, selagi itulah kerja jamaah perlu dijalankan. Ia mestilah bersifat kekal dan tidak kebelakang atau terus meninggalkan jamaah. Biarlah kita terus bersama dengan jamaah sehingga kita mati juga sebagai orang yang masih lagi komitmen bersama jamaah.

Firman Allah swt dalam surah Al-Ankabut ayat 10-11 ;

Maksudnya : Dan diantara manusia itu ada orang-orang yang berkata “kami beriman kepada Allah” tetapi apabila dsakiti (kerana berimannya itu) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab dan jika dating pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata “sesungguhnya kami adalah bersamamu”. Bukankan Allah lebih mengetahui apayang dalam dada semua manusia? Dan sesungguhnya Allah Allah mengetahui orang-orang yang beriman dan sesungguhnya die mengetahui orang-orang yang munafik.

Firman Allah swt lagi dalam surah Ali Imran ayat 146-148 ;

Maksudnya : Dan berapa banyak para nabi yang berperang bersama-sama mereka, sejumlah besar daripada pengikut-pengikutnya yang bertakwa tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain daripada ucapan : Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia (kemenangan, harta rampasan, pujian dan lainnya) dan pahala juga di akhirat dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

Seruan dan dakwah kebenaran adalah seruan agar beriltizam, beramal dan berjihad, bertahan dan bersabar dengan segala mehnah. Telah menjadi satusunnah (ketetapan) bahawa, pejuang gerakan Islam akan diuji dengan terdedah dengan pelbagai cabaran, tribulasi dan helah serta rancangan jahat para musuh Islam.

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 31 ;

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di anatara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) urusanmu.

Oleh itu, kita sebagai pekerja jamaah Islam perlu berada dalam satu bentuk yang tersendiri dan berlainan daripada orang-orang lain di sudut akhlak, pergaulan dan percampuran. Kita mestilah hidup menurut prinsip dan untuk prinsip walap apa pun keadaan yang berlaku. Kita perlulah keluar daripada lingkungan ‘ananiah (keakuan) dan kita mestilah menjiwai dakwah kita dan perjuangan jamaah Islam.

Firman Allah swt dalam suruh Ar-Ra’d ayat 17 ;

Maksudnya : Adapun buih itu akan hilang sebagai yang tidak ada harganya. Ada pun yang member manfaat kepada manusia maka ia tetap di bumi.

Maka, setelah meneliti apa yang diperbincangkan ini, boleh kita simpulkan bahawa, konsep penggabungan diri (intima') kita bersama-sama perjuangan gerakan Islam seperti PAS khasnya bukanlah kerana di sana adanya Tuan Guru Dato' Seri Hj Abd hadi, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dan bukan juga adanya yang lain-lain tetapi, penggabungan kita ini berdasarkan aqidah yang tulin demi menegakkan agama Allah di muka bumi dan memastikan masa hadapan itu hanya milik Islam.

Maka, andai Tuan Guru Hj Hadi pergi, juga Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz juga tiada, maka ia akan digantikan menurut syura. Kita sebagai pengerak dakwah tidak boleh sesekali meninggalkan jamaah selagi mana jamaah tidak lari dari dasar perjuangan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. WAJIB bagi kita membaiki jamaah jika ada kelemahan namun, HARAM bagi kita meninggalkan jamaah Islam.

Saruan saya kepada diri saya dan semua penggerak dakwah, bukanlah kita pencetus dakwah ini dan bukanlah juga kita yang menamatkannya, tetapi kita adalah penyambung rantaian emas perjuangan ini. Hanya kematian menjadi noktahnya. Jangan sesekali kita inggar dengan pimpinan selagi tidak unsur yang bertentangan dengan syarak.
Saidina Omar Al-Khattab pernah berkata yang mafhumnya : Kita adalah kaum yang diangkat dan dimuliakan kerana Islam.
Beliau juga pernah berkata : Taatilah aku selagi mana aku bersama Al-Quran dan Sunnah, perangilah aku jika aku membelakangi keduanya itu.
Teguhkan ilmu, eratkan ukhuwah, usah diperdulikan sebarang ancaman juga kecaman musuh yang hanya ibarat seekor anjing yang boleh menyalak dari jauh. Jauhilah sebarang unsur yang boleh meretakkan jamaah. Ketaatan kepada pimpina juga perlu dijaga demi keberadaan jamaah kita.

وصــلى الله على ســيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وســلم

Ringkasan tajuk : Saya mestilah mengetahui sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam, buku “ Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Al-Marhumm Syeikh Fathi Yakan.
 

blogger templates | Make Money Online