Khamis, 28 Ogos 2008

SEMAKAN LAMA SEMAKIN SYOK





PADA 26hb OGOS 2008 IAITU HARI SELASA JAM 7.30 – 10.00 MALAM SATU LAGI JADUAL USRAH DPP KAWASAN LIPIS TELAH DILAKSANAKAN . PADA DETIK ITU SAYA MERASAKAN PENGLIBATAN DALAM HARAKAH INI SEMAKAN SAYANG DAN SEMAKIN SERONOK. KESERONOKAN INI MUNGKIN LAIN PADA ORANG LAIN.
WALAUPUN PADA SUATU KETIKA SAYA MERASAKAN BEGITU KECIWA DALAM BEBERAPA HAL YANG BERKAITAN DENGAN PERJALANAN HARAKAH YANG DI CINTAI INI.
ALHAMDULILLAH USRAH YANG BERJALAN DAN BERTERUSAN DARI JANGKA MASA BEBERAPA TAHUN DULU SEMAKIN HARI SEMAKIN MENINGKAT DARI SEGI KEHADIRAN DAN HASILNYA, INI ADALAH HASIL KESABARAN DAN KEIKHLASAN SAHABAT SAHABAT YANG BERSAMA SAMA MENGCINTAI JEMAAH INI TERUTAMA NYA SDR IZUAN DAN KP SERTA SAHABAT2 USRAH YANG LAIN.


ANTARA KEPUTUSAN YANG INSAALAH AKAN DILAKSANAKAN DALAM MASA TERDEKAT INI IALAH PROGRAM QIAMULAI DALAM BULAN RAMADHAN INI YANG DIRANCANG SEMINGGU SEKALI PADA SETIAP JUMAAT MALAM DI TEMPAT YANG BERLAINAN. WALAUPUN BARU SAHAJA KAMI MENGADAKAN PROGRAM QIAM DENGAN KEHADIRAN YANG AGAK OK TAPI RAMAI JUGA AJK YANG TAK DATANG. KAMI AHLI USRAH SEDAR INI ADALAH SALAH SATU DARIPADA MATA TANGGA PROSES TARBIAH KEPADA KAMI SEBAGAI JUNDULLAH.


SEMOGA BERKAT KESUNGGUHAN DAN KEIKHLASAN SAHABAT2 SEUSRAH SEMUA PROGRAM INI BUKAN SAHAJA DAPAT DI LAKSANAKAN TETAPI DAPAT MENINGKATKAN RASA KETAKWAAN KEPADA ALLAH DAN RASA KEBERGANTUNGAN KEPADANYA SECARA TOTAL. YANG PALING PENTING DAPAT MELAKSANAKAN AGENDA JEMAAH UNTUK MERIALISASIKAN IMPIAN KITA SEMUA DAN PATUH KEPADA ARAHAN PIMPINAN.


UNTUK ITU SAYA MENJEMPUT SAPA SAPA SAHAJA YANG INGIN BERSAMA SAMA KAMI DALAM PROGRAM INI .

Jumaat, 8 Ogos 2008




Pas lipis melalui sayap kanannya iaitu Dewan Pemuda Pas Kuala Lipis yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan pemilikan sebuah van(gambar)berkapisiti 12 tempat duduk .jadi segala urusan untuk menjayakan usaha ini dipertanggung jawap kepada seluruh ahli Dewan Pemuda Pas Kuala Lipis.

Bagi pas lipis ,memiliki kenderaan seperti ini amatlah diperlukan lebih lebih lagi dengan peningkatan program program yang melibatkan semua peringkat pada masa ini. dengan adanya kenderaan ini Pas Lipis dengan secara tidak langsung dapat menjayakan program kemasyarakatan dan juga sebagai si'ar serta sebagai pendapatan tambahan kepada parti. Macam biasa la.. bila PAS buat projek tentulah sebahagian besar punca datangnya daripada sumbangan orang ramai. Jadi saya selaku penyelia projek ini mengharapkan kepada sesiapa yang ingin menyumbang dan ingin megetahui cara nak meyumbang boleh hubungi saya. sumbangan terbuka kepada semua insan di dunia ini termasuklah orang PAS,PKR,DAP,BN(UMNO) DAN YANG TAK BERPARTY JUGA DIALU ALUKAN. Kepada jemaah jemaah islam yang lain juga dijemput untuk menyumbang.

Harga kenderaan ini ialah RM 80,+++ ribu .kepada sesiapa yang berminat untuk bersama sama menjayakan projek ini bolehlah berhubung dengan saudara kie di talian 019-9694050.

Rabu, 6 Ogos 2008

PAS PAHANG MAJU SETAPAK LAGI



Inilah bangunan tiga tingkat yang PAS Pahang beli dengan harga RM300,000 - semua ahli diminta menginfaqkan wang untuk membayar bangunan tu... Kan hebat PAS ada bangunan sendiri ditengah bandar, lokasinya berhampiran dengan Celcom, Amanah Raya, dan Bank Islam. sama-samalah membantu PAS Pahang merealisasikan projek terbaru ini, selain itu PAS Pahang juga akan meneruskan pembinaan kompleksnya di Kedau dengan membina dataran seluas dua ekar dalam masa terdekat ini... untuk maklumat lanjut telefon 09 2965143 (Roslan)

Bagi pas lipis bila lagi ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa kita di lipis juga mampu memiliki harta sperti orang lain, tak laaa nak menumpang di rumah anak anak jer.... masyarakatpun akan menilai yang kita boleh berdiri dengan kaki sendiri. untuk itu jom kita ahli dan penyokong pas di lipis sama sama kita berganding bahu memajukan dan menjadikan pas lipis disegani kawan dan lawan.

Selasa, 5 Ogos 2008

ORANG KUAT UMNO LIPIS MASUK PAS

TOLONG JANGAN AJAK Saya MASUK Umno semula.



Bekas Ketua Umno cawangan Pagar Sasak, Haji Abdul Wahab Ismail 68, berkata beliau rimas diganggu bekas rakan didalam Umno menjelang mesyuarat agong parti itu.

Abdul wahab yang telah menyertai PAS Cawangan Mukim Kechau (Pagar Sasak) pada 8 Jun 2008 dengan No. keahlian PAS : 0849724 bersama isterinya Siti Esah Abdullah.

Beliau berharap rakan-rakanya didalam Umno memahami dan menghurmati pendirianya meninggal parti itu dan jangan mengajaknya kembali ke pangkuan Umno.

“Hurmatilah keputusan saya yang telah bersama PAS dan anggaplah saya sebagai rakan lama yang berlainan parti, tiada masalah untuk bermuqabalah, bermuamalah dan sebagainya tapi tolong jangan ajak saya menyertai Umno semula, tolonglah,” rayunya.

Abdul wahab menyertai Umno sekitar 1960 an, menjadi Ketua Umno Cawangan Pagar Sasak (1996 – 2008), Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Lipis (1995 – 2004).

Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Daerah Lipis (2000 – 2005), Pengerusi Ketua-ketua Kampung Daerah Lipis (2000 – 2004), Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ketua Kampung Negeri Pahang (2000 – 2004), Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Peladang Kawasan Lipis (2000 – 2010), Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Felcra Sungai Kambang (2006 – 2008) dan Bilal Masjid Kampung Pagar Sasak (Bilal)

Menurutnya, beliau meninggalkan Umno dengan kerelaan sendiri dan ingin akan istiqamah bersama PAS.

“Saya tetap istiqamah dengan dengan PAS dan tidak akan meninggalkan perjuanagan ini,” katanya.
 

blogger templates | Make Money Online