Rabu, 16 Julai 2008

MUNAJAT PERDANA PEMUDA PAS PAHANG


jom kita pi ramai ramai. kita serahkan segala hal yang berlaku di nagara ini yang semakin kalut dan membosankan kepada Allah. saya menjemput semua rakyat pahang tidak kira pas , umno dan sebagainya datang ke majlis ini untuk kita mengadu kepada Allah secara berjemaah.

Selain itu kita sama sama mendengar berita berita terbaru dan perkembangan politik negara ini. jom kita ajak kawan kawan tua ,muda, abang , adik , akak dan sesiapa sahaja yang merasa bertanggungjawab terhadap masa depan negara yang tercinta ini.

Khamis, 10 Julai 2008

ISA YANG ZALIM


APABILA KEBINATANGAN MENGHALAU KEMANUSIAAN
Berdosalah pada sesiapa yang merestui kewujudan undang undang rimba ini. ISA Terus menerus meragut kasih sayang insan. Hanya orang yang berhati binatang sahaja akan mempertahankan undang undang zalim ini. Selepas keluarga ini mendapat 'hadiah' Barisan Nasional, bapa mereka dilanjutkan tahanan untuk dua tahun lagi (2+2+2+2). Sesungguhnya doa insan yang teranyanya akan dimakbulkan. Adakah golongan yang zalim dan pengikutnya tidak yakin dengan janjji ALLAH?
Hari ini satu lagi hadiah diberikan oleh sebuah kerajaan yang zalim, dinafikan hadir pada saat nazaknya anak tercinta. Ikutilah babak menyayat hati ini.
BABAK 1
Suasana di Wad Blok A Tingkat 3 Hospital Kajang cukup sayu dengan tangisan isteri tahanan ISA, Siti Fatma dan ahli keluarga tatkala anak perempuan kesayangannya, Aina Mardiah Shahrial terlantar koma dan nazak sejak semalam lagi.
Aina Mardiah dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam hingga mengakibatkan beliau koma.
BABAK 2
kelihatan kira-kira 20 pelajar sekolah terdiri daripada rakan-rakan Aina Mardiah menziarahi beliau.Keadaan bertambah sedih apabila rakan-rakan turut menangis teresak-esak sambil memeluk Aina yang terkapar dengan alat bantuan hayat serta bergantungan 'wire' di tangan serta hidungnya.
Kesedihan yang terpancar di wajah rakan-rakan Aina membayangkan hubungan akrab mereka lebih-lebih lagi Aina seorang insan yang dinafikan hak bapanya untuk hidup bebas seperti anak-anak yang lain.Anak yang telah lama tidak mendapat kasih sayang daripada bapanya sejak 7 tahun lalu kerana dipisahkan oleh akta zalim ISA sememangnya sentiasa mengharapkan ribaan kasih sayang bapa yang dirindui.
Sesiapa sahaja pasti luluh jiwa apabila melihat rakan-rakan saling berpelukan menangis teresak sementara si ibu yang kering sudah airmatanya hanya mampu melihat sambil sesekali memeluk dan mencium anaknya yang terkapar kaku.
BABAK 3
Sementara dua adik lelakinya yang setia menanti di hujung penjuru katil terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yaasin sambil menitiskan airmata.
Wajah muda dua adiknya ini begitu sayu sekali meratapi kakak yang terlantar sementara menantikan bapa tercinta tiba selepas satu 'penyiksaan' perasaan dihadapi mereka untuk mendapatkan pelepasan bapanya itu.
BABAK 4
6.25 petang di sisi ibunya, Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam.
Lebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar masih belum tiba di hospital.
Shahrial dilaporkan dibawa keluar dari Kem Tahanan Kemunting sejak jam 1.00 tengahari tadi. Kegagalan pihak polis cawangan khas menemukan Sahrial dengan anaknya dikecam.
Perjalanan dari Kem Kamunting di Taiping ke Kajang takkan memakan masa lebih dari 5 jam. Jalan mana yang digunakan?
BABAK 5
Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.
Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.
Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.
Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim

Selasa, 8 Julai 2008

TUDUHAN

TuduhanPosted by alberangque under Pendidikan No Comments
Pelik rasanya masyarakat di negara tercinta ini. Perkara yang berkait dengan hukum syariat dipermainkan atau dibuat modal untuk permainan politik. Implikasi permainan itu besar kepada penuduh, yang dituduh dan masyarakat seluruhnya. UMNO kucar kacir masa kini selepas kepimpinannya menuduh liwat tahun 1998 dahulu. Kini tuduhan skrip yang sama dibuat lagi. UMNO belum kebah dari sakit akibat peristiwa 1998 dahulu, kini laluan dan skrip yang sama hendak diulangi. Tetapi peristiwa ini berkaitan dengan dosa besar. Digembar-gembur oleh media arus perdana. Akibatnya ramai rakyat jelata yang jahil ikut sama menuduh. Kalau menuduh ikut sedap rasa atau hanya merujuk kepada berita akhbar dan TV maka dosa besar akan merata kepada seluruh rakyat jelata. Maka semua yang terlibat menuduh dari wartawan, hinggalah kepada pembaca yang terpengaruh akan menanggung dosa tak terhingga. Kalau penuduh itu pemimpin negara, atau negeri, daerah atau kampung implikasinya ialah kerahmatan kepada kawasan jagaan mereka akan diterik oleh Allah SWT. Oleh itu berhati-hatilah semua dalam hal ini jangan kita terlibat sama dalam menuduh selagi kita tidak boleh membawa 4 saksi yang adil.
Dibawah ini aku turunkan tulisan dan kupasan dari sudut syariat berkait dengan perkara ini. Aku petik dari laman sesawang Ustaz Idris Hj Ahmad, PAS Pusat.
Dikirim pada Julai 1, 2008 oleh idrisahmad
Masyarakat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan berita tuduhan liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan 23 tahun. Laporan polis telah dibuat oleh Mohd Saiful Azlan pada 26hhb Julai 2008. Apakah ini satu lagi konspirasi yang melibatkan plot yang sama pada tahun 1998. Wallahua’lam.
Apa yang berlaku ini adalah satau tuduhan yang berat yang dikenakan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan melibatkan maruah peribadi beliau dan juga keluarga. Rakyat Malaysia tidak sanggup lagi untuk melihat peristiwa tilam diusung pula ke dalam mahkamah. Anak kita yang masih kecil bertanya apa dah jadi dengan Malaysia, ketika tilam diusung ke mahkamah. Kesemua ini menuntut kepada kita untuk terus merenung bahawa inilah masanya untuk kita memikirkan bahawa Syariat Islam adalah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang ada pada hari ini.
Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa terutama terhadap musuh politik , tetapi dengan syariat Islam perkara ini dapat dibendung dan disekat, kerana ada satu hukuman “qazaf” yang akan dikenakan sebanyak 80 rotan jika tidak ada 4 orang saksi. Tidak ada manusia yang waras boleh menerima perbuatan yang terkutuk yang menjadi amalan kaum Nabi Lut sehingga Allah mendatangkan balasan terhadap kerja buat mereka dengan diterbalikkan bumi.
Tuduhan liwat sama seperti tuduhan zina, kerana ia perlu kepada 4 orang saksi yang adil. Kesemua ini menunjukan bahawa Islam menitik berat soal maruah seseorang supaya tidak tercemar dan mudah orang lain lain membuat tuduhan palsu
Amaran Allah ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, “dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”,
Apabila adanya hukum kepada pelaku zina dan liwat maka disana ada juga hukum “qazaf” iaitu menuduh orang melakukan zina atau liwat tanpa 4 saksi. Dengan ini semua orang takut untuk membuat tuduhan kerana memerlukan kepada 4 orang saksi. Mungkin orang berhujah kalau begitu bebaslah orang hendak melakukan zina dan liwat kerana sukar untuk mendapat 4 orang saksi yang adil. Kita jangan memandang apabila hukuman dikena baru kita anggap adil.
Sedangkan dalam Islam ia lebih suka untuk mendidik hambanya bukan untuk menghukum. Syariat Islam akan menimbulkan kegerunan kepada mereka daripada melakukan jenayah tersebut dengan ini amruah akan terpelihara. Syariat Islam ada ruh dan jasad, sedangkan hukuman manusia hanya ada jasad. Sebab itu undang-undang manusia tidak pernah mengurangkan jenayah malahan bertambah dari semasa kesemasa.
Imam Malik berkata :
*Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi, maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)*
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Tetapi kesemua ini menunjukkan bahawa indahnya syariat Islam dan gerunnya untuk mereka hendak membuat satu tuduhan yang melibatkan aib dan maruah orang yang dituduh. Apa yang berlaku terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan keinsafan kepada kita untuk membuat penerokaan baru dan berfikir sedara rasional dan buangkan tabiat fobia dengan syariat Islam akibat daripada kejahilan kita mengenai agama sehingga kita takut dengan agama sendiri dan orang bukan Islam pula bertambah takut dan keliru kerana dihijab oleh orang islam sendiri.
Dalam suasana sekarang kita hanya boleh becakap supaya membawa 4 orang saksi dan kalau gagal dikanakan hukuman qazaf (kerana membuat tuduhan tanpa saksi). Semuanya itu kita hanya boleh bercakap dan bersyarah dalam surau dan di masjid kerana keindahan Syariat Islam hanya dalam lipatan Quran dan Hadis dan kitab-kitab sahaja. Kerana negara kita tidak mengamalkan Syariat Islam dalam hukuman hatta dalam mahkamah syariah sekalipun.
Maka kesannya sekarang berlaku di hadapan mata kita. InsyaAllah apa yang berlaku memberi kesedaran kepada kita dan ini lah masanya untuk kita menerangkan bahawa indahnya Syariat Islam kalau dilaksanakan dan perkara ini tidak ada siapapun yang boleh menuduh sebarangan. InsyaAllah fajar Islam semakin terang, kerana masyarakat makin melihat bahawa selain daripada Syariat Islam semuanya tempang dan cacat dan boleh membuat tuduhan kepada siapa yang mereka mahu. Mereka tahu hukuman yang berat seperti yang dikenakan oleh Islam tidak dikenakan kepada orang yang menuduh. Syariat dimartabat maruah terpelihara.

Isnin, 7 Julai 2008

Penjelasan Dewan Pemuda PAS Pusat - Insiden Himpunan PROTES
Mesyuarat Protes pertama Wakil Pemuda tiada dalam mesyuarat awal PROTES yang menetapkan Pengarah Pengisian Himpunan adalah Hishamuddin Rais
19 Jun 2008 Mesyuarat ke 3 jam 1 tgh di Parlimen.
DPP Pusat pertama kali hadir dalam Jawatankuasa Pelaksana program. Sdr Kamaruzaman hadir mewakili DPPP. Mempersoalkan pengisian program yang terlalu panjang serta perubahan lokasi.
20 Jun 2008 (Jumaat) Mesyuarat ke 4 jam 5 ptg di tkt 5 Bangunan PAS.
DPP Pusat tidak hadir. Justeru tiada bantahan. Hishamuddin Rais meneruskan program persembahannya. Antara yang dimasukkan ialah persembahan kumpulan-kumpulan Underground
30 Jun 2008 (Isnin)
Ust Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua DPPP di dalam blognya mempersoalkan pengisian program dalam Himpunan tersebut terutamanya kehadiran kumpulan band underground dan menimbulkan polemik di kalangan aktivis pemuda dan PAS. DPP Pusat mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pemuda pada sebelah malam dan membincangkan isu tersebut. Mesyuarat memutuskan untuk membantah kehadiran kumpulan underground dalam program tersebut dan bersetuju untuk menarik sokongan Pemuda kepada program Himpunan tersebut sekiranya tuntutan pemuda tidak dilayan. Mesyuarat mewakilkan Sdr Kamaruzaman (Ketua DPP Wilayah Perskeutuan juga Exco DPP Pusat) bersama Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua DPPN Johor yang juga Exco DPP Pusat) ke mesyuarat PROTES pada keesokannya.
1 Julai 2008 (Selasa - siang)
Mesyuarat ke 5 Protes di bangunan PAS. DPP Pusat menyuarakan bantahan keras terhadap penganjuran program (pengisian) yang ada unsur hiburan (konsert kumpulan underground). Hishamuddin Rais sebagai Pengerusi Persembahan menjanjikan untuk membuang senarai nama kumpulan tersebut atas bantahan DPPP. Protes meminta DPPP berbincang lebih lanjut dengan Hishamuddin Rais untuk mendetailkan aturcara baru.
1 Julai 2008 (Selasa - malam)
Pertemuan DPPP yang diwakili oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad bersama beberapa Exco DPP WP. Mesyuarat bersetuju menukar persembahan kumpulan rock kepada kumpulan nasyid dan dikir barat. Sekali lagi Hishamuddin Rais memberikan jaminan dan berjanji bahawa kumpulan underground tidak akan membuat persembahan. Sdr Kamaruzzaman menegaskan sekiranya berlaku persembahan yang tidak menepati kehendak seperti yang dipersetujui pihak Pemuda akan membatalkan penyertaan Pemuda PAS-
4 Julai 2008 (Khamis)
DPPP berpuashati dengan penjelasan Sdr Kamaruzaman dengan aturcara himpunan yang baru dan jaminan kawalan persembahan yang baik. DPPP telah mengarahkan kehadiran seluruh pemuda termasuk petugas AMAL di seluruh negara melalui SMS dan pengumuman dalam Sistem komuniti UKJ.
6 Julai 2008 (Ahad)- Dari jam 9.00 pagi – 1 tengahari.
Himpunan Protes berlangsung. Sebelah pagi program berlangsung dengan baik dan aman. Persembahan yang moderate sehingga jam 1 tengahari. Pemuda PAS dan pasukan AMAL bertugas di segenap penjuru daripada petugas keselamatan, protokol, sehingga kepada Pengerusi Majlis.
Jam 2.30 petang.
Program sesi petang dimulakan dengan persembahan kebudayaan India (Hindraf) disusuli dengan persembahan berat rock band (kumpulan rock). Walaupun judul lagu dianggap patriotik dan bersifat satira politik, pemuda PAS keseluruhannya mula keresahan. Melihat kepada penonton yang hadir kebanyakannya dari kalangan aktivis PAS (muslimat, golongan agamawan dan lain-lain). Sdr Kamaruzaman cuba menghentikan persembahan dan mengadakan rundingan dengan Hisamudin Rais untuk menghentikan persembahan band tersebut tetapi gagal. Program terus berlangsung dengan 3 buah lagu rancak. Sdr Kamaruzaman berbincang dengan Ust Azman Syapawi Abdul Rani (Naib Ketua DPP Pusat) dan DPPP membuat keputusan untuk memboikot dan menarik diri dari menjadi petugas himpunan Protes tersebut. DPPP mengarahkan seluruh petugas AMAL dan pemuda keseluruhannya menarik diri. -
Jam 7.00 petang.
DPPP diberitakan berlaku insiden tunjuk punggung oleh kumpulan Karburator Dung.
Yang benar,
Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha DPPP
 

blogger templates | Make Money Online