Rabu, 27 Oktober 2010

KONSEP PENGGABUNGAN DIRI ( INTIMA’ ) DALAM GERAKAN ISLAM : SATU PERKONGSIAN ILMU UNTUK PARA PEKERJA PAS


oleh : Mohd Hidayatus Saufi Khalid | Tob El-Ramly, Hayyu 10, Kaherah, Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجــمعين

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana diberikan nikmat Iman dan Islam serta kesihatan tubuh badan yang sempurna untuk terus hidup dan berbakti.

Al-Intima’ membawa erti penggabungan diri kepada sesuatu. Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam bukan hanya sekadar mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli semata dan bukan juga hanya berulang alik ke markaz atau pusat-pusat gerakan sahaja. Malah penggabungan kita mestilah membawa pengertian yang lebih jauh dan melewati batas formaliti dan penilaian-penilaian lahiriah semata. Ia mesti selaras dengan kehendak syarak yang boleh membuktikan kemantapan akidah dan kekuatan hubungan pemikiran dan organisasi jamaah kita.

Penggabungan diri (intima’) bersama gerakan Islam membawa maksud
seseorang itu mestilah menyerahkan dan mengorbankan seluruh tenaga dan kemampuannya sebagai khidmat kepada jamaah, menyerahkan segala kepentingan dirinya untuk kepentingan Islam dan bukan sebaliknya.

Kini, perlbagai ujian telah didatangkan oleh Allah kepada kita para pekerja PAS dan penyokongnya. Ia tidak lain antaranya bertujuan untuk menilai sejauh mana kita memahami konsep intima’ (penggabungan) diri kita bersama-sama perjuangan PAS di Malaysia. Gerakan Islam menolak penggabungan diri semata-mata kerana seseorang individu ( intima’ syakhsi ) yang membawa erti, kita bersama-sama dalam perjuangan PAS kerana seseorang. Jika seseorang itu telah tiada, maka, adakah kita akan meninggalkan perjuangan ini?
Saidina Abu Bakar pernah berkata dalam menenangkan para sahabat yang masih tidak dapat menerima akan memangkatan baginda Rasulullah saw : sesiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah pun mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu terus hidup dan tidak sesekali akan mati.
Antara ujian yang hebat kini yang melanda PAS yang ingin melihat sejauh mana kefahaman intima’ ahli dan penyokongnya ialah mengenai Unity Government (kerjaan perpaduan : UG). Sehingga ada kalangan ahli berani mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan biadap terhadap YAB Dato’ Seri Presiden.
Ada juga yang berkata;
“Saya dengan ini mengharamkan setiap sen dan tenaga saya yang saya gunakan untuk berjuang dalam PAS jika PAS mahu juga bergabung dengan BN dalam UG...”

“Saya sokong Tuan Guru Nik Aziz..!
Harap Tuan Guru Haji Hadi dan Ust Nasha kembalilah ke perjuangan asal kita..."
Inilah contoh kurang faham mengenai konsep penggabungan diri dan ternyata inilah penggabungan yang dikategorikan sebagai penggabungan kerana individu. (intima’ syakhsi).

Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu milik Allah swt yang diberikan kepada saya bersama-sama para pekerja PAS untuk sama-sama kita memahaminya.

Konsep penggabungan pertama : Pengabungan (intima’) akidah.

Perkara pertama yang perlu kita sebagai pekerja gerakan Islam fahami ialah sejauh mana kita melarutkan akidah gerakan Islam itu ke dalam diri kita, kerana gerakan Islam menolak penggabungan secara zahirnya semata. Ini telah terbukti bahawa setiap gerakan yang tidak berlandaskan Islam dan para penyokongnya bergabung semata-mata kerana kepentingan diri dan orang tertentu akan menjadi satu faktor kehancuran kepada pertubuhan tersebut.

Oleh itu, penggabungan secara akidah ini
membawa maksud penggabungan diri dan menganuti Islam itu sendiri. Ia seterusnya menuntut supaya seluruhparintah Allah ditaati disamping mengharapkan keredhaan Allah. Intima’ini juga menolak konsep penggabungan kerana seseorang dan dapat mengelak daripada kehancuran dan perpecahan jamaah kerana kehilangan atau kematian seseorang di dalam jamaah.

Pengabungan diri bersama-sama gerakan Islam melalui akidah juga akan menjadikan seseorang itu terikat dengan Allah, demikian juga seluruh anggota gerakan Islam turut terikat dengan Allah. Inilah rahsia disebalik keberadaan gerakan Islam itu sendiri.

Firman Allah swt dalam surah Al-fath ayat 10;

Maksudnya : Bahawasanya orang-orang yang memberikan baiah (perjanjian) kepadamu, sesungguhnya mereka memberikan baiah kepada Allah, tangan (kekuasaan) Allah di atas tangan (kekuasaan) mereka, maka sesiapa yang melanggar baiahnya nescaya akan menimpa dirinya sendiri dan sesiapa menepati baiahnya kepada Allah makan Allah akan memberinya pahala yang besar.

Gerakan Islam juga menolak intima’ yang dibuat secara melulu yang didorong oleh semangat semata. Oleh itu kesedaran yang bersifat haraki dan iltizam yang bersifat ilmi adalah menjadi syarat bagi penggabungan diri ke dalam gerakan Islam. Dan telah terbukti bahawa meraka yang digolongkan sebagai golongan yang tercicir dalam perjuangan Islam adalah mereka yang menggabungkan diri secara melulu dan bertindak atas dorongan semangat semata.

Konsep penggabungan kedua : Pengabungan (intima’) masa hadapan.

Secara ringkasnya, boleh disimpulkan, penggabungan masa hadapan ini ialah
kita mestilah mengikat masa depan kita dengan masa depan jamaah walau apa pun yang berlaku.

Ia juga membawa erti bahawa intima’ masa hadapan ini tidak terikat dengan satu jangka waktu yang tertentu. Tidak terbatas dalam usia muda dan akan tinggalkan jamaah bila berusia tua. Tidak juga terbatas ketika bujang dan akan meninggalkan jamaah setelah berumahtangga. Tidak terbatas dengan kemiskinan dan kesusahan dan menghilangkan diri setelah kaya dan senang.

Perjuangan ini hanya dibatasi dengan nyawa. Selagi masih bernyawa, selagi itulah kerja jamaah perlu dijalankan. Ia mestilah bersifat kekal dan tidak kebelakang atau terus meninggalkan jamaah. Biarlah kita terus bersama dengan jamaah sehingga kita mati juga sebagai orang yang masih lagi komitmen bersama jamaah.

Firman Allah swt dalam surah Al-Ankabut ayat 10-11 ;

Maksudnya : Dan diantara manusia itu ada orang-orang yang berkata “kami beriman kepada Allah” tetapi apabila dsakiti (kerana berimannya itu) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab dan jika dating pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata “sesungguhnya kami adalah bersamamu”. Bukankan Allah lebih mengetahui apayang dalam dada semua manusia? Dan sesungguhnya Allah Allah mengetahui orang-orang yang beriman dan sesungguhnya die mengetahui orang-orang yang munafik.

Firman Allah swt lagi dalam surah Ali Imran ayat 146-148 ;

Maksudnya : Dan berapa banyak para nabi yang berperang bersama-sama mereka, sejumlah besar daripada pengikut-pengikutnya yang bertakwa tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain daripada ucapan : Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia (kemenangan, harta rampasan, pujian dan lainnya) dan pahala juga di akhirat dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

Seruan dan dakwah kebenaran adalah seruan agar beriltizam, beramal dan berjihad, bertahan dan bersabar dengan segala mehnah. Telah menjadi satusunnah (ketetapan) bahawa, pejuang gerakan Islam akan diuji dengan terdedah dengan pelbagai cabaran, tribulasi dan helah serta rancangan jahat para musuh Islam.

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 31 ;

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di anatara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) urusanmu.

Oleh itu, kita sebagai pekerja jamaah Islam perlu berada dalam satu bentuk yang tersendiri dan berlainan daripada orang-orang lain di sudut akhlak, pergaulan dan percampuran. Kita mestilah hidup menurut prinsip dan untuk prinsip walap apa pun keadaan yang berlaku. Kita perlulah keluar daripada lingkungan ‘ananiah (keakuan) dan kita mestilah menjiwai dakwah kita dan perjuangan jamaah Islam.

Firman Allah swt dalam suruh Ar-Ra’d ayat 17 ;

Maksudnya : Adapun buih itu akan hilang sebagai yang tidak ada harganya. Ada pun yang member manfaat kepada manusia maka ia tetap di bumi.

Maka, setelah meneliti apa yang diperbincangkan ini, boleh kita simpulkan bahawa, konsep penggabungan diri (intima') kita bersama-sama perjuangan gerakan Islam seperti PAS khasnya bukanlah kerana di sana adanya Tuan Guru Dato' Seri Hj Abd hadi, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dan bukan juga adanya yang lain-lain tetapi, penggabungan kita ini berdasarkan aqidah yang tulin demi menegakkan agama Allah di muka bumi dan memastikan masa hadapan itu hanya milik Islam.

Maka, andai Tuan Guru Hj Hadi pergi, juga Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz juga tiada, maka ia akan digantikan menurut syura. Kita sebagai pengerak dakwah tidak boleh sesekali meninggalkan jamaah selagi mana jamaah tidak lari dari dasar perjuangan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. WAJIB bagi kita membaiki jamaah jika ada kelemahan namun, HARAM bagi kita meninggalkan jamaah Islam.

Saruan saya kepada diri saya dan semua penggerak dakwah, bukanlah kita pencetus dakwah ini dan bukanlah juga kita yang menamatkannya, tetapi kita adalah penyambung rantaian emas perjuangan ini. Hanya kematian menjadi noktahnya. Jangan sesekali kita inggar dengan pimpinan selagi tidak unsur yang bertentangan dengan syarak.
Saidina Omar Al-Khattab pernah berkata yang mafhumnya : Kita adalah kaum yang diangkat dan dimuliakan kerana Islam.
Beliau juga pernah berkata : Taatilah aku selagi mana aku bersama Al-Quran dan Sunnah, perangilah aku jika aku membelakangi keduanya itu.
Teguhkan ilmu, eratkan ukhuwah, usah diperdulikan sebarang ancaman juga kecaman musuh yang hanya ibarat seekor anjing yang boleh menyalak dari jauh. Jauhilah sebarang unsur yang boleh meretakkan jamaah. Ketaatan kepada pimpina juga perlu dijaga demi keberadaan jamaah kita.

وصــلى الله على ســيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وســلم

Ringkasan tajuk : Saya mestilah mengetahui sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam, buku “ Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Al-Marhumm Syeikh Fathi Yakan.

Khamis, 14 Oktober 2010

TAHNIAH BUAT IBUKU

Tahniah buat Ibuku yang tersayang,
terima kasih kepada ibuku dan arwah Ayahanda yang mendidik kami dan membawa kami kelandasan yang betul.

Ibuku mendapat penghargaan daripada pihak JENTERA PILIHANRAYA DUN PADANG TENGKU Zon D kerana terpilih sebagai keluarga terbaik disebabkan ahli PAS paling ramai dalam sesebuah keluarga. seramai 17 orang bersama menentu tetapi belum dikira cucu.

alhamdulillah takat hari ni takde pun yang tak ikut pegangan ibu dan arwah ayah. semua OK. Mintak mintak laaa sampai ker anak cucu dan seterusnya ........ menjadi pendokong gerakan Islam.

Rabu, 25 Ogos 2010

RANCANG CUTI RAYA ANDA



Untuk dapatkan paparan yang lebih jelas sila klik poster diatas

Saya lampirkan makluman awal kepada semua, supaya saudara dan saudari dapat merancang cuti raya untuk turut hadir memeriahkan Himpunan Anak Muda di Perantauan.

Insya Allah, amanat khas akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kepada anak anak muda diperantauan. Dewan Pemuda PAS Pahang juga sedang berusaha menjemput pimpinan PAS yang lain dan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Turut dijemput pimpinan PKR, DAP dan NGO Besarlah harapan Dewan Pemuda PAS agar semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat dapat turut hadir ke himpunan ini.

Kaunter semakan pemilih dan Daftar pemilih turut akan dibuka. Jangan lupa bawa anak-anak untuk agihan Duit raya Dewan Pemuda PAS. Sumbangan dalam bentuk makanan juga dialu-alukan pada hari himpunan tersebut .

Sumbangan kewangan boleh terus ke Akaun Dewan Pemuda PAS Pahang Bank Islam 06028010011067

KISAH SEPUPUKU YG TRAGIS.....


DSCN2050 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Km 429-2

Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara

sebelum susur Bukit Beruntung
Hulu Selangor
21 Ogos, 2010
11-50 pagi
DSCN2030 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Memang menyayatkan hati apabila mengenangkan, ini merupakan kematian ketiga di dalam keluarga mangsa dalam tempoh 5 bulan.
5 Ogos lalu, ibunya meninggal dunia setelah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur
DSCN2031 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Mac lalu, kakaknya pergi meninggalkannya dahulu.
ic Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Dan hari ini, Cikgu Zamirudin Abdu Rahaman, 34 tahun, pula pergi buat selama-lamanya.
DSCN2032 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Segalanya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga.
DSCN2033 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Jam 11-50 pagi tadi, ketika melalui laluan ini, saksi terlihat Zamirudin menunggang dalam keadaan terhoyong-hayang.
DSCN2042 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Laluan ini memang sibuk sepanjang masa.
DSCN2048 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Setibanya di KM 429-2 , kira-kira 100 meter sebelum susur Bukit Beruntung arah utara, sebuah Proton Savvy dipercayai gagal mengelak motosikal ditunggangnya
DSCN2046 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Kereta terbabit merempuh belakang motosikal ini menyebabkan mangsa tercampak ke arah cermin kereta sebelum terpelanting beberapa meter ke arah besi penghadang jalan.
DSCN2049 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Kereta ini dipandu seorang lelaki bersama dua ahli keluarganya, dalam perjalanan pulang ke kampung di Changkat Jering dari Kuala Lumpur untuk berbuka puasa.
DSCN2053 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Zamirudin Abdu Rahaman, berasal dari Kg Berchang, Kuala Lipis, Pahang dalam perjalanan pulang ke Trolak, Perak.
DSCN2058 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Zamirudin merupakan seorang guru di SK Trolak Utara dan baru 3 tahun mengajar di situ.
DSCN2068 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
DSCN2069 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
————————————————————————–
Di bilik mayat Hospital KKB, isteri arwah, yang dikenali sebagai Marhayu, tiba bersama ahli keluarga , saudara mara dan rakan lain untuk menuntut jenazah.
DSCN2070 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Marhayu merupakan seorang guru Pra-sekolah di sekolah tempat arwah mengajar.
DSCN2071 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Mereka baru dikurniakan cahayamata dan berusia 1 tahun 3 bulan.
Pic+Maut+5 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
Semakan menemui akaun Facebook arwah di sini dan sehingga saat kematiannya, ada beberapa mesej masuk tanpa menyedari bahwa arwah telah tiada.

Pic+Maut+6 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…

JENAZAH SELAMAT DISEMADIKAN PADA JAM 11.00 MALAM DI FELDA TROLAK TIMUR. AL HAMDULILLAH SAYA SEMPAT MEMBANTU KERJA KERJA PERSEMADIAN JENAZAH.

DSCN2077 Destinasi Akhir Seorang Cikgu…
.

Rabu, 14 Julai 2010

TEKS TERBARU DPPK LIPIS



Teks terbaru usrah dppk Lipis, semoga penjadi panduan untuk kami semua ahli usrah untuk menjadi pejuang islam,

catatan kali ini sengaja saya tunjukkan kepada umum teks usrah kami supaya masyarakat tahu bahawa Kami ahli pas bukan menjadi pengikut pas hanya ikut ikut saja, ini bermakna kami bergerak ada panduan yang saheh dan bukan membuta tuli. buku ini memberi panduan bermula dari nabi saw menerima wahyu pertama sehingga laaa terdiri negara islam pertama.

semoga dengan post ni dapat membuka hati dan mata orang yang sentiasa tak suka pada PAS.

Selasa, 13 Julai 2010

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar


Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.

Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.

Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.

"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.

"Ya, ustaz M bercakap".

"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.

"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.

"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.

Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?

Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.

Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Jumaat, 19 Mac 2010

Ahad, 7 Mac 2010

KENYATAAN TG NIK AZIZ KEPADA Harussani Zakaria

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Ahad, 28 Februari 2010

ISU – ISU NEGARA 27 Februari 2010


NEW ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Sosial

Kematian menyayat hati kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun kerana didera oleh teman lelaki ibunya di rumah.

EVERGREEN ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

Cadangan SPR untuk mengenakan tindakan kepada pengundi berdaftar yang tidak keluar mengundi ditolak oleh BN dan PR kerana menganggapnya ia satu tindakan yang praktikal dan tidak demokratik

POLICY ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

RUU Akta Halal akan dibentangkan di Parlimen yang bertujuan untuk memperkemas, menguatkuasa dan mempertingkatkan keberkesanan dalam melaksanakan peraturan halal. Draf RUU diperingkat akhir kajian sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi.

Politik

Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia akan diwujudkan bagi menyelaras dan memperkemaskan sistem penyampaian program pembangunan belia

Ekonomi

Forum Malaysia Eropah akan diadakan di Munich pada Selasa ini untuk membincangkan mengenai kelapa sawit yang membabitkan penjagaan alam sekitar dan pengurusan terbaik dalam menghasilkan komoditi tersebut. Pengerusi MEF ialah Tan Sri Rafidah Aziz.

RESERVED ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Sosial

Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan e-munakahat umat Islam bagi memudahkan urusan pendaftaran dan maklumat perkahwinan.

Ekonomi

Pergerakan turun naik minyak mungkin lebih ketara pada tahun ini berikutan pemulihan ekonomi global. IEA berpendapat permintaan terhadap minyak akan berkembang pada tahun 2010.

Malaysiakini

Ekonomi

Kos pengeluaran dan industri sebahagian besar industri di Malaysia dikatakan kos palsu kerana sejumlah besar elemen tersebut ditanggung oleh kerajaan dalam bentuk subsidi terutamanya gas, patrol dan diesel.

PR VS BN ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Malaysiakini

Politik

Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menentang BN dalam pilihanraya yang dijangka dalam bulan Jun atau Julai secara satu lawan satu.

INTER PARTY ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

YB Nibong Tebal (PKR) akan berdepan dengan hukuman parti jika ingin meneruskan saman fitnah keatas Ketua Menteri Pulau Pinang.

INTRA PARTY ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

Veteren UMNO, Tan Sri Aziz Tapa menyarankan pucuk pimpinan berbincang terlebih dahulu dengan Ku Li sebelum mengenakan hukuman ke atasnya.

RECOMMENDED ISSUES

DOMAIN

ISU

Sosial

Berikutan beberapa kes yang melibatkan ahli keluarga telah terjadi akhir-akhir ini, maka ini menunjukkan institusi keluarga telah parah yang dahsyat.

Politik

Antara YB Nibong Tebal (PR) dan YB Gua Musang (BN)

YB Nibong Tebal kemungkinan akan berhadapan dengan tindakan disiplin. Jika Tan mengambil tindakan menjadi AP bebas, maka komposisi kerusi semakin mengecil selepas YB Zahrain juga isytihar bebas.

Perkara yang sama berlaku keatas YB Gua Musang (BN), jika beliau dipecat atau digantung kerana menyokong kerajaan negeri, maka tidak mustahil juga beliau akan keluar daripada BN dan mengisytiharkan diri sebagai bebas atau menyertai mana-mana komponen parti PR.

Ekonomi

Isu Minyak Semakin Panas

Kemungkinan kenaikan harga minyak semakin ketara selepas IEA turut mengakui permintaan terhadapnya diperingkat global semakin meningkat pada tahun 2010 berikutan pemulihan ekonomi.

Politik

Pilihanraya Negeri Sarawak dijangka akan diadakan dalam bulan Jun atau Julai 2010. Secara prinsipnya PR bersetuju untuk menentang BN satu lawan satu.

 

blogger templates | Make Money Online