Khamis, 7 Mei 2009

Program kebajikan PAS membuahkan hasi

Kuala Lipis: Allahyarham Sahluddin Hassan baru sebulan menyertai Skim Takaful Kelompok kendalian Takaful Etiqa dengan kerjasama Perhubungan PAS Pahang. Namun, program kebajikan PAS tersebut sudah membuahkan hasil dan memberikan manfaat kepada ahli keluarga beliau. Pada tanggal 7 Mei 2009, waris beliau telah menerima bayaran awal wang khairat kematian berjumlah RM1000 di rumahnya di Taman Muhibah, Kuala Lipis. Bakinya, RM2000 akan menyusul selepas penyerahan salinan sijil kematian yang telah disahkan. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YDP Kawasan Lipis, Tuan Hj. Ishak Sat. Mewakili saf pimpinan, kami mendoakan semoga roh al-marhum Sahluddin Hassan ditempatkan bersama golongan solihin. Amin !!!

1 ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online