Sabtu, 20 Jun 2009

PAS Lipis Sampaikan Khairat Kematian

Majlis menyampaikan sumbangan wang khairat kematian kepada waris almarhum Hj. Abu Hassan Mohamed telah disempurnakan oleh YDP PAS Lipis, Ustaz Hj. Ishak Sat. Penyampaian telah dilakukan sebaik sahaja selesai menguruskan pengkebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kg. Relong.

Sumbangan pendahuluan tersebut diterima sendiri oleh balu almarhum dan diperhatikan oleh anak-anak beliau. Wang khairat kematian adalah manfaat daripada Skim Takaful Berkelompok yang diuruskan oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dengan kerjasama Takaful Etiqa. Ia merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang boleh disertai oleh ahli mahupun bukan ahli PAS.

Takafulabu

PAS Kawasan Parlimen Lipis ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham Hj. Abu Hassan Mohamed. Semoga tabah menghadapi sedikit ujian daripada Allah Azza Wajalla. Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

blogger templates | Make Money Online