Km 429-2
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
sebelum susur Bukit Beruntung
Hulu Selangor
21 Ogos, 2010
11-50 pagi
Memang menyayatkan hati apabila mengenangkan, ini merupakan kematian ketiga di dalam keluarga mangsa dalam tempoh 5 bulan.
5 Ogos lalu, ibunya meninggal dunia setelah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur
Mac lalu, kakaknya pergi meninggalkannya dahulu.
Dan hari ini, Cikgu Zamirudin Abdu Rahaman, 34 tahun, pula pergi buat selama-lamanya.
Segalanya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga.
Jam 11-50 pagi tadi, ketika melalui laluan ini, saksi terlihat Zamirudin menunggang dalam keadaan terhoyong-hayang.
Laluan ini memang sibuk sepanjang masa.
Setibanya di KM 429-2 , kira-kira 100 meter sebelum susur Bukit Beruntung arah utara, sebuah Proton Savvy dipercayai gagal mengelak motosikal ditunggangnya
Kereta terbabit merempuh belakang motosikal ini menyebabkan mangsa tercampak ke arah cermin kereta sebelum terpelanting beberapa meter ke arah besi penghadang jalan.
Kereta ini dipandu seorang lelaki bersama dua ahli keluarganya, dalam perjalanan pulang ke kampung di Changkat Jering dari Kuala Lumpur untuk berbuka puasa.
Zamirudin Abdu Rahaman, berasal dari Kg Berchang, Kuala Lipis, Pahang dalam perjalanan pulang ke Trolak, Perak.
Zamirudin merupakan seorang guru di SK Trolak Utara dan baru 3 tahun mengajar di situ.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
————————————————————————–
Di bilik mayat Hospital KKB, isteri arwah, yang dikenali sebagai Marhayu, tiba bersama ahli keluarga , saudara mara dan rakan lain untuk menuntut jenazah.
Marhayu merupakan seorang guru Pra-sekolah di sekolah tempat arwah mengajar.
Mereka baru dikurniakan cahayamata dan berusia 1 tahun 3 bulan.
Semakan menemui akaun Facebook arwah di sini dan sehingga saat kematiannya, ada beberapa mesej masuk tanpa menyedari bahwa arwah telah tiada.
JENAZAH SELAMAT DISEMADIKAN PADA JAM 11.00 MALAM DI FELDA TROLAK TIMUR. AL HAMDULILLAH SAYA SEMPAT MEMBANTU KERJA KERJA PERSEMADIAN JENAZAH.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan