Selasa, 8 Disember 2009
Isnin, 16 November 2009
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU.
Ahad, 15 November 2009
FUTSAL TERTUTUP LIPIS

1. 1.Setiap pemian DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT ( seluar 3 suku dibenarkan )
2. 2.Pertandingan ini akan mengikuti undang-undang dan peraturan-peraturan dari FAM
3. 3.Setiap borang pertandingan perlu di isi lengkap dengan maklumat serta yuran penyertaan RM100.
4. 4.Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja
5. 5.Pemain TIDAK DIBENARKAN memakai peralatan yang membahayakan pemain lain termasuk jam tangan atau alat perhiasan
6. 6.Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang rayuan tidak akan dilayan.
7. 7.Pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir berhak beraksi di pusingan grand final.
8. 8.Pihak penganjur berhak menukar, mempelbagai, menambah atau mengeluarkan mana-mana sarat dan peraturan pertandingan sepanjang tempoh pertandingan tanpa notis dan peserta bersetuju untuk mematuhi dan mengikut sebarang penukaran, kepelbagaian, penambahan.
9. 9.Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta dianggap bersetuju untuk mematuhi dan mengikut undang-undang, syarat-syarat dan peraturan penganjur.
Sdr. MUTTACOHIRI 0199694050 Sdr. FAUZAN 0199729395
Sdr. IZUAN 0192602219 Sdr. ZULHILMI 0132836334
Ahad, 8 November 2009
Selasa, 20 Oktober 2009
Selamat Ulangtahun ke 62

Antaranya :-
a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.
Selasa, 29 September 2009
WARISAN TOK EMPAT MAMAT
Khamis, 3 September 2009
MAJLIS BERBUKA ANJURAN PAS LIPIS

Rabu, 19 Ogos 2009
SQUAD ADUAN PAS LIPIS MENERJAH MASALAH MASALAH DI SEKITAR LIPIS
Selasa, 11 Ogos 2009
KETUA PEMUDA PAS PAHANG CABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG BERDEBAT
MEMBACA TULISAN SAHABAT SAYA ILHAM NAJMI KETUA PEMUDA PAS PAHANG YANG MENCABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG SDR ABU JIMI YANG JUGA SAHABAT SAYA UNTUK BERDEBAT DALAM " ISU PENGHKIANATAN ORANG MELAYU" SAYA MERASA TERPANGGIL UNTUK MEMBERI SEDIKIT RESPON DALAM HAL INI
SAYA CABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG BERDEBAT
Saya tercari cari hujah dan fakta pengkhianatan terhadap Melayu sebagaimana tuduhan itu. Saya cuma jumpa 2 fakta yang langsung tak relevan. Menurut Abu Jimi sebagaimana dipetik oleh Utusan, Pemimpin pembangkang itu (DSAI) katanya
1. Bertanggung jawab cuba untuk menghapuskan hak orang Melayu
2. Menganjur demonstarsi jalanan.
Namun ada baiknya setiap apa yang kita ucapkan berlandaskan pada Fakta dan bukti. Beliau seharusnya membuktikan pengkhianatan itu terlebih dahulu sebelum mengutip 100,000 tanda tangan.
Pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu dan Islam adalah UMNO.
Justeru itu selaku Ketua dewan Pemuda PAS Pahang, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, saya mencabar rakan sejawat saya Saudara Abu Jimi Samad untuk berdebat atas tajuk "52 tahun Merdeka: Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu"
Saya sangat mengharapkan Saudara Abu Jimi tak menjadi manusia pengecut sebagaimana ketuanya Khairi Jamaluddin. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan menghantar surat rasmi mencabar beliau berdebat
Isnin, 10 Ogos 2009
PROGRAM PAS SEMAKIN DAPAT PERHATIAN
Selasa, 21 Julai 2009
Khamis, 16 Julai 2009
Projek bermasalah di Chegar Perah
Pada bulan Jun 2009, bersama SUK PAS Lipis, kami berkesempatan melawat Kg. Chegar Perah. Kampung ini berjiran dengan Kg. Aur Gading dan Felda Chegar Perah. Dulunya, penduduk menggunakan keretapi untuk ke bandar Lipis atau ke Padang Tengku. Kini, sudah disediakan jalan kecil berturap samada melalui Bukit Betong atau Kg. Kechau Tui.
Mengikut seorang penduduk yang kami temui, kampung tersebut memerlukan perhatian dari wakil rakyat dan kerajaan. Kes yang kami lawati pada hari itu ialah sebuah rumah ibu tunggal yang dirombak oleh Umno bagi tujuan membina semula secara gotong-royong. Namun, selepas `sesi gotong-royong’ tersiar di akhbar Sinar Harian, pembinaan rumah tersebut terbengkalai. Antara puncanya ialah peruntukan lambat diterima bagi membeli bahan-bahan binaan.
Projek bermasalah yang saya mahu nyatakan di sini ialah kemudahan bekalan air bersih bagi kampung tersebut. Menjelang PRU 12, pihak yang mendapat projek telah menjalankan kerja pemasangan paip air beserta meter di setiap rumah. Mereka menggunakan sumber air yang berpunca dari dalam tanah (ground water) di suatu tapak yang dipilih. Umno/Bn sendiri mempromosikan projek ini dan menjadikan ia bahan kempen sempena pilihan raya tersebut.
Namun, apa yang berlaku, projek ini terbengkalai (selepas siap). Penduduk menghadapi masalah untuk menggunakan air yang dibekalkan tanpa dirawat terlebih dahulu. Menurut penduduk, jika mereka mandi dengan menggunakan air tersebut, badan tidak selesa dan rambut menjadi `keras’. Masalah ini telah dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun belum ada tindakan pembetulan atau penambahbaikan dilakukan. Projek ini difahamkan menelan kos yang tinggi.
Kami telah merujuk kepada seorang ahli kimia, Prof. Md Pauzi Abdullah mengenai perkara ini. Menurut beliau, jika mahu menggunakan telaga atau air bawah tanah, tempat yang hendak digali atau digerudi perlu diselidiki dari segi kualiti air dan komponen logam yang terkandung dalam tanahnya. Katanya, jika di situ terdapat air jenis liat (hard water), pengguna akan mendapati sabun tidak berbuih sewaktu membasuh. Ini kerana, terdapat kandungan kalsium dan magnesium yang terlarut di dalam air tersebut.
Jika di dalam tanahnya mengandungi logam-logam atau mineral seperti besi dan Manganese, pengguna air akan mendapati badan mereka dilitupi oleh selaput yang berpunca dari mendakan seperti karat atau `stain’. Jika air itu digunakan untuk membasuh, kesan kotor ini akan jelas kelihatan pada pakaian.
Projek air yang bermasalah ini perlu diselesaikan. Wang rakyat telah habis digunakan. Apakah pihak yang menawarkan tender tidak membuat kajian kesesuaian tapak dan kualiti air bawah tanah sebelum memulakan projek ? Atau ada misteri lain yang perlu dibongkar ? Wahai YB dan bakal YB, turunlah ke kampung ini untuk mencari jalan penyelesaian.
Ahad, 12 Julai 2009
Rabu, 1 Julai 2009
SAHABAT MASJID



Sabtu, 20 Jun 2009
PAS Lipis Sampaikan Khairat Kematian
Majlis menyampaikan sumbangan wang khairat kematian kepada waris almarhum Hj. Abu Hassan Mohamed telah disempurnakan oleh YDP PAS Lipis, Ustaz Hj. Ishak Sat. Penyampaian telah dilakukan sebaik sahaja selesai menguruskan pengkebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kg. Relong.
Sumbangan pendahuluan tersebut diterima sendiri oleh balu almarhum dan diperhatikan oleh anak-anak beliau. Wang khairat kematian adalah manfaat daripada Skim Takaful Berkelompok yang diuruskan oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dengan kerjasama Takaful Etiqa. Ia merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang boleh disertai oleh ahli mahupun bukan ahli PAS.
PAS Kawasan Parlimen Lipis ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham Hj. Abu Hassan Mohamed. Semoga tabah menghadapi sedikit ujian daripada Allah Azza Wajalla. Al-Fatihah.
AL FATIHAH!!
PADA 17hb JUN 2009 JAM 8.30 MALAM PAS LIPIS TELAH KEHILANGAN SETIAUSAHA BERIKUTAN DENGAN KEMATIAN HJ ABU HASSAN BIN HAJI MUHAMMAD.
Isnin, 15 Jun 2009
MAKAN DI BANDAR LIPIS
Ahad, 31 Mei 2009
AIR.AIR.AIR
Rabu, 20 Mei 2009
PELIK TAPI BENAR.
SEBENARNYA DAH LAMA NAK KELUAR CITER NI.TAPI MACAM MACAM HAL MENGHALANG. PENULIS CUMA INGIN BERKONGSI KEAJAIBAN DAN KEKUASAAN TUHAN YANG MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA JIKA DIA BERKEHENDAK.
CERITANYA TENTANG POKOK NANGKA YANG BERBUAH 3 MUSIM . ASALNYA PENULIS BELI ANAK POKOK DARI SEORANG PENJUAL BENIH POKOK DI PASAR. MEMANG
MENJADI KESUKAAN PENULIS MEMBELI DAN MENANAM POKOK YANG AGAK BARU DAN PELIK. PENULIS DI FAHAMKAN OLEH PENJUAL BAHAWA ANAK POKOK INI JENIS NANGKA YANG TIDAK BERGETAH.

SETELAH DI TANAM LEBIH KURANG 2 TAHUN POKOK TADI MENGELUARKAN
BUAH.PENULIS BERSYUKUR PADA ALLAH KERANA POKOK YANG DI TANAM TADI
MENGELURKAN BUAH YANG AGAK BESAR. PENULIS TIDAK SABAR MENUNGGU BUAH TADI MASAK DAN INGIN MELIHAT ADAKAH BETUL NANGKA YANG ADALAH DIKATAKAN OLEH PENJUAL POKOK DULU ADALAH NANGKA TIDAK BERGETAH.
BILAMANA BUAHNYA SUDAH MASAK PENULIS BERSAMA IBU MEMETIK BUAH
TERSEBUT. RUPANYA NANGKA YANG DI KETAKAN TIDAK BERGETAH TADI MASIH JUGA BERGETAH. HAMPA JUGA HATI . TERUS TERDETIK DALAM HATI BAHAWA PENJUAL ANAK POKOK ITU PENIPU. APAPUN TERJADI KEPADA POKOK NANGKA ITU PENULIS REDA’. SEKURANG KURANGNYA POKOK ITU MASIH BERBUAH DAN BUAHNYA AGAK BESAR.
SELANG BEBERAPA BULAN PENULIS SEKALI DIGEMPARKAN OLEH IBU BAHAWA POKOK NANGKA ITU MENGELUARKAN HASIL PADA MUSIM YANG KEDUA DAN BUAHNYA AGAK LEMBEK ISINYA SERTA MEMPUNYAI SEDIKIT RASA CEMPEDAK.
PENULIS TAK TAHU APAKAH SEBABNYA TERJADI SEDEMIKIAN. MUNGKIN FAKTOR PENDEBUNGAAN . KALI INI BUAHNYA KECIL SEDIKIT DARIPADA BUAH MUSIM PERTAMA TADI. SEKALI LAGI PENULIS REDA’ DENGAN APA YANG TERJADI.
PENULIS MERASAKAN INILAH BUAH YANG BERBUAH DARI POKOK ITU DAN AKAN
BERKEKALAN KAMI SEKELUARGA MENAMAKAN POKOK NANGKA CEMPEDAK BUKAN CEMPEDAK NANGKA KERANA BUAHNYA SEPERTI NANGKA TETAPI BERASA CEMPEDAK. TETAPI SEKALI LAGI PENULIS DAN KELUARGA BERASA HAIRAN DENGANBUAH YANG DIHASILKAN PADA POKOK YANG SAMA PADA MUSIM KETIGA . KALI INI BUAHNYA BETUL BETUL BUAH CEMPEDAK. DARI SEGI RASA DAN RUPA MEMANG ASLI CEMPEDAK.

RUPANYA KEHAIRANAN DAN KEPELIKKAN POKOK ITU TIDAK TERHENTI DI SITU SAHAJA . IANYA BERBUAH TIGA MUSIM TADI BERULANG ULANG MENGIKUT TURUTAN MUSIM SEPERTI CERITA DIATAS SEHINGGA KE HARI INI. KEADAAN SEBAGINI TELAH BERLARUTAN BERTAHUN TAHUN .SEINGAT PENULIS, SEWAKTU MEMBELI POKOK TERSEBUT PENULIS MASIH LAGI BELUM BERKAHWIN DAN SEKARANG SUDAH MASUK TAHUN KE 7 . MUSIM INI KALAU TAK SILAP BUAH
NYA BUAH CEMPEDAK.
ITULAH KERJA ALLAH YANG MAHA PENCIPTA
INILAH POKOK AJAIB ITU.
Jumaat, 15 Mei 2009
Siapakah hakim yang benarkan permohonan Zambry ?

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.
Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.
"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.
Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.
Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.
"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.
"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.
"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya. Harakahdaily.
Khamis, 7 Mei 2009
Program kebajikan PAS membuahkan hasi

Jumaat, 1 Mei 2009
IKTIBAR DARI 2 KEMALANGAN

DALAM MINGGU INI SAHAJA ,2 NYAWA ANAK MUDA KAMPUNG KU YANG BERUMUR 17 DAN 18 TAHUN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. KEDUA2NYA BERLAKU DALAM KEMALANGAN YANG BERASINGAN DALAM TEMPOH YANG HAMPIR.
KEMALANGAN PERTAMA -PADA MALAM 29hb APRIL JAM 11.00 MALAM YANG MELIBATKAN ANAK MUDA YANG BERUMUR 17 TAHUN I TERJADI BETUL2 DI HADAPAN RUMAHKU. SEDANG KUBERISTIREHAT SAMBIL MELAYARI INTERNET TIBA TIBA TERDENGAR BUNYI DENTUMAN YANG AGAK LUAR BIASA DI LUAR RUMAH. AKU DAN ISTERI TERUS KELUAR UNTUK MEMASTIKAN APA YANG TERJADI …. DI DALAM KESAMARAN GELAP GELITA YANG DISINARI LAMPU JALANAN KU NAMPAK KELIPAN LAMPU MOTOR DI TEMPAT KEJADIAN. DALAM HATI TERDETIK “ SAH ACCIDENT”. AKU TERUS KE TEMPAT KEJADIAN DAN TERKEJUT KERANA DUA BUAH MOTOR BERTEMBUNG DAN KEDUA TUBUH MANGSA BERGELIMPANGAN DIATAS JALANRAYA.AKU TERUS MEMASANG LAMPU KERETA UNTUK MENYULUH MANGSA KEJADIAN.. AKU TERUS MENINJAU KEDUA2 MANGSA .MANGSA PERTAMA MASIH LAGI LEMAH BERSUARA DAN MANGSA KEDUA AGAK PARAH KERANA DARAH MEMBUAK KELUAR DARI RONGGA MULUT DAN HIDUNG.
RUPA -RUPANYA MANGSA KEDUA TADI MERUPAKAN BUDAK KAMPUNG KU. LEBIH MALANG LAGI MANGSA TADI DI SAHKAN MENINGGAL DI TEMPAT KEJADIAN OLEH PEMBANTU KESIHATAN YANG DATANG BERSAMA AMBULAN. ALHAMDULILLAH AKU SEMPAT MENGAJAR UCAPAN SYAHADAH SEBELUM MANGSA MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAHIR.
KEMALANGAN KEDUA IALAH BUDAK MUDA YANG BERUMUR 18 TAHUN . BERITA KEMATIAN INI KUTERIMA PADA HARI KEJADIAN ,WALAUPUN KETIKA ITU AKU SEDANG BERCUTI DI KAMPUNG ISTERIKU DI TERENGGANU. LEBIH MENYEDIHKAN LAGI KEMATIAN INI DISEBABKAN TERKENA BOM IKAN.
SAMA2LAH KITA RENUNGI DISEBALIK KEJADIAN YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA WALAUPUN KITA TIDAK NAMPAK PADA ZAHIRNYA NAMUN PADA BATINNYA TERDAPAT 1001 HIKMAH…..INGATLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA. … SAMA SAMALAH KITA FIKIRKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA, DI MANA SILAP DAN DOSA KITA BERSAMA. … TENTU ADA PENGAJARAN DI SEBALIK KEJADIAN YANG MENIMPA AHLI KAMPUNG KITA. MARILAH KITA SAMA2 FIKIRKAN……..
AL-FATIHAH…….AL-FATIHAH….. AL-FATIHAH…….AL-FATIHAH….. AL-FATIHAH…….AL-FATIHAH
Rabu, 29 April 2009
Sabtu, 25 April 2009
Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!
Ahad, 19 April 2009
MESYUARAT AGUNG PAS LIPIS
Berlaku persaingan yang sengit bagi merebut jawatan tertinggi PAS kawasan Lipis untuk sesi 2009-2011. Alhamdulillah ianya berakhir dengan suasana yang cukup teratur dan harmoni. Keputusan diumumkan oleh ketua pasukan pengendali proses pemilihan iaitu setiausaha PAS C. HIGHLAND. Jawatan tertinggi berlaku perubahan besar dalam pemilihan kali ini. berikut adalah keputusan pemilihan jawatankuasa PAS lipis sesi 2009-2011.:-
YDP : USTAS ISHAK BIN SAT
TYDP : SDR ROSLAN BIN ZAINAL
NYDP : USTAS ABDUL HADI BIN MOHD TAIYB
KUU : USTAS MAHYUDDIN BIN ABDULLAH
PADA TAHUN INI PAS LIPIS MENGANUGERAHKAN KEPADA CAWANGAN YANG BERJAYA MENDAFTARKAN KEAHLIAN BARU TERAMAI DAN CARUMAN TAKAFUL TERAMAI.
MESYUARAT DI TUNDA PADA JAM 2.40 PETANG.
MESYUARAT BERSETUJU UNTUK MEMBELI BANGUNAN YANG DI SEWA SEKARANG INI.
Berikut sebahagian gambar sewaktu Mesyuarat Agung Pas Kawasan Lipis kali 4